Pages

Monday, November 25, 2013

Ella Nafi Hamil, Jalani Pembedahan Buang

Sebelum ini, terdapat khabar angin yang mengatakan ratu rock negara, Ella dikatakan telah hamil dan berita ini telah tersebar luas di laman sosial. Ekoran daripada berita tersebut, Ella telah tampil menafikan berita tersebut. Ella menjelaskan bahawa sebenarnya beliau baru sahaja menjalani pembedahan membuang apendiks tetapi telah disalah anggap oleh sesetengah pihak dan menganggap dia sedang hamil. Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46 telah melakukan apendisektomi iaitu pembedahan membuang apendiks kira-kira dua bulan lalu di Hospital Ampang Puteri di sini dan sedang dalam proses pemulihan.

Saya ada dengar juga orang kata saya sedang hamil, tetapi sebenarnya tidak. Tetapi saya menjalani pembedahan membuang apendiks baru-baru ini. Mungkin orang salah faham tentang perkara itu

Namun, Ella tidak sama sekali menyalahkan kepada individu yang telah mereka cerita kehamilan beliau. Dia hanya menganggap perkara tersebut berlaku adalah kerana mereka mengambil berat tentang dirinya. Ella juga turut mengakui bahawa dia masih menanti kehadiran cahayamata untuk memeriahkan rumahtangganya bersama suami, Azhar Ghazali. 

 


---------------------ADS-----------------------


Pelbagai set kesihatan yang murah-murah..

Harga boleh dirunding. Pasti berpuas hati


No comments:

Post a Comment