Pages

Thursday, November 28, 2013

Ketulusan Hati Johan As’ari Pikat Lana Nordin

Rasanya tahun 2013 banyak memaparkan kisah sensasi dunia hiburan tanah air Malaysia. Terbaru, siapa sangka Johan As’ari yang sinonim mempunyai hubungan istimewa dengan Shila Amzah akan bercinta dengan Lana Nordin? Memang tak pernah terfikir bahawa wanita yang dilamar bernama Lana Nordin. Memang betullah jodoh itu rahsia Allah. Selama ini semua orang menyangka yang Johan bercinta dengan Shila Amzah memandang kedua-dua buah keluarga sudah saling mengenali, tup-tup Lana Nordin yang akhirnya mendapat cinta daripada si jejaka itu.



Sebelum ini, Lana Nordin memang tidak pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan sesiapa, kecuali kontroversi  mengenai pemakaiannya yang ketat dan seksi. Namun hati Lana terbuka untuk menerima Johan selepas melihat ketulusan hatinya. Kata Lana:

Saya nampak ketulusan hatinya. Walaupun terkejut, saya sebak apabila dia menyatakan alasan mahu

menjadikan saya isteri. Sebagai wanita, saya memang mencari pembimbing yang boleh membimbing. Doa saya dimakbulkan apabila dipertemukan dengan Johan.

Ketika dia meluahkan perasaan, saya hanya memintanya bertemu terus dengan keluarga andai benar benar serius. Dia bukan main main. Sebagai wanita, lebih manis kalau Johan saja berbicara soal tunang dan berkahwin.

Johan dan Lana kini semakin romanti apabila pasangan ini sudah pun menggunakan kata ganti diri “baby” dan “sayang” apabila bercakap sesama sendiri. Apabila beliau dilamar Johan, Lana juga sudah nekad untuk tidak akan memakai skirt pendek selepas ini. Nampaknya Johan sudah mula membimbing Lana ke jalan yang benar. Kata Johan:-

Saya berkawan dengannya bukan main-main. Saya tahu, dia juga mendambakan calon suami yang boleh membimbingnya. Kami akan sama-sama belajar untuk menjadi insan yang lebih baik.

Biarpun berbeza usia, dia menghormati saya. Andai kami disatukan, hanya tiga perkara yang saya pinta iaitu taat kepada Allah, Rasullah dan suami. Itu saja.

Diharapkan selepas berumahtangga, Johan As'ari dapat mendidik Lana Nordin dengan baik. berdasarkan pemerhatian admin, ramai yang suka Johan melamar Lana. Mungkin ini salah satu cara yang membolehkan Lana Nordin berubah kepada individu yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment