Pages

Friday, November 29, 2013

[GOSIP]: Almy Nadia Mengaku Sudah Bertunang Dalam Rancangan Betul Ke Bohong



Walaupun Almy Nadia lebih suka mendiamkan diri soal perkahwinan dengan teman lelakinya yang sudah mengenalinya sejak tujuh tahun lalu, ramai yang ingin melihat pasangan Almy Nadia dan Fizz Fairuz mendirikan rumahtanggan. 

Setelah terbongkar pertunangan Fizz Fairuz dengan seorang wanita bernama Azlyn Massiela Mohd Nazar, Fizz Fairuz telah kembali semula kepada Almy Nadia dan berjanji ingin melamar gadi tersebut. 
Kisah pertunangan itu semestinya membuatkan Almy begitu kecewa dan ramai yang menasihatkan Almy supaya mencari lelaki lain yang menyayanginya. Apatah lagi, Almy yang telah berjaya menguruskan badan kelihatan semakin cantik sejak bertubuh kian langsing, pasti tidak ada masalah untuk mencari pengganti. 

Namun begitu, kami mendapat khabar yang Almy sebenarnya sudah bertunang, dan kami pasti dia sudah bertunang dengan Fizz Fairuz. Bagaimana kami pasti? Ini kerana tuan punya badan sendiri sudah mengesahkannya dalam satu program hiburan terbitan sebuah stesen televisyen berbayar.


Dalam program “Betul Ke Bohong?” musim keempat, episod sembilan, Almy telah mengajukan persoalan sama ada beliau benar telah bertunang kepada peserta program tersebut, dan jawapan yang diberikan kepada program tersebut ialah ‘betul’.

No comments:

Post a Comment