Perkahwinan pelakon Rozita Che Wan dan pasangannya, Zain Saidin memecah rekod industri hiburan tempatan kerana jumlah tajaan perkahwinan pasangan ini yang akan berlangsung pada 11 Disember 2013 (11/12/13) adalah yang tertinggi pernah di catat. Percaya atau tidak, jumlah tajaan bagi pasangan ini berjumlah RM13,000,000 (13 juta). Ini sekaligus telah memberikan Rozita Che Wan gelaran 'janda termahal' dalam sejarah di
Malaysia.
Che Ta yang pada tahun telahpun menginjak usia 40 tahun bakal melangsungkan
perkahwinan di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Shah Alam. Habib Jewels merupakan penaja
utama kepada set barangan kemas berjumlah RM10 juta
untuk perkahwinan tersebut. Barangan kemas tajaan Habib Jewels itu akan dipakai semasa majlis
berinai, akad nikah dan resepsi. Pasangan ini turut menerima 27 tajaan lain yang bernilai RM3 juta. Berikutan tajaan yang diterimanya, Che Ta berkata:
Majlis perkahwinan kami ini bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk,
sebaliknya setiap tajaan yang kami perolehi ini merupakan satu
rezeki. Kami memang tidak menyangka apabila ramai pihak sudi untuk
menjadi penaja. Pada awalnya kami cuma merancang untuk mengadakan
majlis yang ringkas, misalnya upacara akad nikah pun sudah memadai.
Mungkin dengan pelbagai tajaan yang diterima ini membuatkan majlis
ini kelihatan besar dan meriah
Kalau orang hendak bagi, susah juga hendak menolaknya. Kalau ditolak, di kata sombong pula. Kalau terima, dikata membazir. Kalau admin jadi Che Ta pun, tentu serba salah dibuatnya. Maklumlah Che Ta ini kan selebriti tanahair, kalau ada yang mengata, cepat betul tersebarnya. Tak begitu?
No comments:
Post a Comment