ara-gara kereta milik Nabil Ahmad dipecah masuk pada hari Isnin yang
lalu, kini Nabil telah menukar nombor pendaftaran plat keretanya itu
kerana risau sekali lagi menjadi sasaran penjenayah.
Kejadian itu difahamkan ketika Nabil, isteri dan anaknya sudah selesai
makan malam di salah sebuah restoran dekat Sungai Buloh. Dan
didapati cermin kereta berkenaan pecah.
Antara barangan yang hilang adalah kad pengenalan dan beg galas yang
diisi baju sukan. Nombor kereta yang ditukarnya itu adalah model
Mitsubishi Lancer Evo 10.
Kata Nabil Ahmad:
Ini merupakan pengalaman pertama apabila kereta saya dipecah masuk
dan ia membuatkan saya risau apa yang bakal terjadi pada masa depan
jika penjenayah atau sesiapa sahaja mengetahui ia adalah kereta saya
kerana nombor pendaftarannya. Tindakan itu juga bagi menjamin
keselamatan saya dan keluarga,"
"Saya nasihatkan buat para artis, walaupun seronok memiliki nombor
plat seperti yang diinginkan, tetapi ia sebenarnya membahayakan.
Lebih baik kita menggunakan nombor biasa sebagai langkah
keselamatan
Kasihan juga dengan nasib yang menimpa Nabil. Mujur tiada barangan berharga yang hilang. Selepas ini, dinasihati Nabil sentiasa berjaga-jaga. Pencuri ini tidak kenal sesiapa kalau mencuri. Bila ada peluang, silap-silap nyawa pun boleh melayang.
No comments:
Post a Comment