Pages

Monday, November 25, 2013

[Tahniah]: Rozita Che Wan & Zain Saidin Nikah 11.12.2013

Terjawab sudah teka-teki peminat kepada pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin mengenai tarikh pernikahan yang telah pun terjawab petang tadi. Menerusi sidang media, bakal pengantin baru ini mengumumkan tarikh pernikahan mereka ialah 11 Disember 2013 iaitu pada hari Rabu. Memang 11.12.13 adalah satu tarikh yang cantik dan menjadi pilihan ramai pengantin. Malah tersebut memang senang untuk diingat kalau pasangan ini mahu menyambut ulangtahun perkahwinan kelak.



Majlis akad nikah pasangan ini akan berlangsung di Gazebo Setia City Convention Center usai sahaja solat Maghrib iaitu sekitar jam 7.30 malam. Manakala, sehari sebelum majlis akad nikah, majlis berinai akan diadakan di Ndah Mahligai, Shah Alam sekitar jam 8 malam. Majlis resepsi pula akan diadakan pada 13 Disember di Grand Ballroom, Setia City Convention Centre, pada pukul 8 malam. Zain Saidin bakal memberikan wang hantaran sebanyak RM23,200 kepada Rozita Che Wan  dan mas kahwinnya pula bernilai RM9,300. Che Ta juga bakal menerima sebentuk cincin yang berharga RM93,300. Habib Jewels turut sama akan menaja barang kemas bernilai RM10 juta untuk ketiga-tiga majlis ini.


Sememangnya perkahwinan mereka bakal menjadi bakal wedding of the year. Banyak sungguh perbelanjaan yang dikeluarkan. Untungla Che Ta mendapat tajaan rantai dari Habib Jewel. Bagi yang menantikan live majlis akad nikah pasangan ini, anda boleh menyaksikan kesemua majlis menerusi Astro Ria yang bertindak sebagai penyiar rasmi. Apa pun, sama-samalah kita doakan agar segalanya berjalan lancar buat Zain da Che Ta.




No comments:

Post a Comment