Pages

Thursday, November 28, 2013

[PANAS]: Shila Amzah Padam Gambar Bersama Johan As'ari

Nampaknya kisah percintaan Lana Nordin dan Johan As'ari berjaya mencantas populariti berita perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Di sebalik kegembiraan yang dikecapi saat Johan mengishtiharkan lamarannya terhadap Lana Nordin, nampaknya ada juga insan yang terluka.



Kalau dulu kisah cintanya bersama Sharnaz Ahmad kecundang di tengah jalan, nampaknya sekali lagi nama Shila Amzah disebut dek kerana cinta tak jadinya bersama Johan As'ari. Kalau dulu selepas putus hubungan dengan Sharnaz, Shila Amzah dilihat sebagai seorang yang sering meluahkan perasaannya di laman sosial hingga mencetuskan spekulasi. Nampaknya, perkara yang sama turut berlaku apabila mendapati Johan As'ari telah memilih Lana Nordin. 

Biarpun tidak diluahkan secara terus, namun daripada bait-bait perkataannya seperti dapat meneka tentang perasaannya kini selepas hubungan cinta Johan As'ari dan Lana Nordin tersebar. Bukan itu sahaja, Shila juga turut mula memadamkan banyak gambar-gambar Johan dan gambarnya yang bersama Johan di laman sosial Instagramnya, tetapi memuatnaik sekeping gambarnya terbaru bersama ibu kepada Johan dengan caption:

Please be strong aunty sayang..we love you..no matter what:) Allah knows better..we are here for you.. *Hugs*balik nanti kita pergi jalan2..i promise..:*







No comments:

Post a Comment