Pages

Tuesday, November 26, 2013

Azean Irdawaty Masuk Hospital Lagi

Sayu sungguh hati admin apabila melihat keadaan Azean Irdawaty. Tang sanggup rasanya hendak memandang wajah yang dulunya sihat, menghiburkan penonton di kaca tv dengan lawak jenakanya terpaksa menderita penyakit tumor yang dihidapinya. Admin memang peminat drama-drama dan filem lakonan Azean Irdawaty.  Azean Irdawaty sekali lagi dimasukkan ke hospital kira-kira pukul 11 malam, Isnin lalu. Anak sulungnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim memberitahu keadaan ibunya tidak membimbangkan. Azean sebelum ini sering keluar masuk hospital kerana penyakit tumor yang dihidapinya dan sehingga kini masih memerlukan rawatan.

Keadaan mama stabil dan masih mendapat rawatan doktor. Mama bukan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Mama memang seorang yang tabah dan saya harap dia cepat keluar dari hospital. Harapkan doa daripada mereka yang mengenali mama.

 


No comments:

Post a Comment