Pages

Friday, November 29, 2013

Johan As'ari Telah Berjumpa Keluarga Lana Nordin

Baru beberapa hari sahaja industri hiburan tempatan digemparkan dengan berita mengenai lamaran Johan As’ari terhadap artis kontroveri Lana Nordin hanya selepas tiga hari berjumpa. Walaupun kisah tersebut belum reda kerana hal tersebut melibatkan banyak pihak, terutama kepada ibu Johan As'ari dan Shila Amzah, Lana dilihat telah memuatnaik sekeping fotonya bersama keluarga yang ditemani oleh Johan As’ari ke laman sosial Instagram.

Di dalam gambar tersebut, kelihatan Lana dan keluarganya sedang menikmati makan malam di sebuah restoran dan kelihatan kelibat Johan As'ari juga. 

love all of u cos u all never judge people from d outside but accept them who they r…respect them…support n always be there for me no matter what decisions i’ve made…tq mak ? All of u for understand me well… @mazwin_awin @shashabahari 



Walaupun dihimpit dengan persoalan dengan hubungannya bersama Johan As'ari, dan yang terbaru kesediaan ibu Johan menerimanya, Lana dilihat sangat positif dan menerima banyak respon positif daripada pengikut laman sosial



No comments:

Post a Comment