Admin masih lagi berada di fasa terkejut apabila membaca artikel mengenai Johan As’ari, 27, yang telah
melamar Lana Nordin, 34, setelah tiga hari berkenalan di sisipan HIP Berita Harian (BH) pada hari ini. Kalau berita mengejut begini, selalunya untuk gimik sebuah drama atau filem, namun ini adalah realiti di mana Johan As'ari telah memilih Lana Nordin sebagi suri di hatinya. Fuh...
Johan As’ari, pelakon yang baru-baru ini digembar-gemburkan
rapat dengan Shila Amzah, penyanyi sedang mencipta nama di luar negara,
telah membuat pengakuan yang dirinya telah melamar pelakon seksi lagi
meletup, iaitu Lana Nordin untuk dijadikan isteri berdasarkan ‘gerak
hati’. Kata Johan:
Jodoh, pertemuan, ajal, maut adalah ketentuan-Nya. Kita tidak tahu bila ia datang. Perasaan saya cukup kuat bagai ada suis yang mendorong saya merapatinya. Kami berborak panjang pada majlis itu.
Selepas bertukar nombor, kami keluar makan tiga hari berturut-turut sebelum saya tekad membuka mulut mahu menyuntingnya.
Lana sangat menyenangkan. Dia nampak lincah, tetapi dia mempunyai kelembutan tersendiri. Memang dia sendiri tekejut dan bertanya semula. Mungkin tiga hari terlampau awal untuk menyelami hati seseorang. Saya yakin cinta kami akan terus bersemi selepas kahwin.
Johan turut menambah yang dirinya sudah bersedia menjadi suami dan dia
turut memberitahu yang pilihannya direstui oleh keluarga Shila Amzah
yang dikaitkan dengannya baru-baru ini.
Mereka memberi saya restu. Bagi saya, Shila gadis baik dan
bersopan-santun. Dia masih muda dan masih jauh perjalanannya. Dia
bertuah kerana mempunyai keluarga yang sentiasa berada di belakang.
Selepas tersebarnya pengakuan Johan As'ari untuk memperisterikan Lana Nordin, Shila Amzah telah memuat naik status seperti berikut. Tidak tahulah kepada siapa ditujukan status ini.
Johan memberitahu perkahwinan mereka besar kemungkinan akan dilangsungkan pada tahun hadapan. Tahniah diucapkan.
No comments:
Post a Comment