Pages

Wednesday, November 27, 2013

[TAHNIAH]: Tajaan Perkahwinan Che Ta & Zain Cecah RM13 Juta


Terkejut juga admin mendengar bahawa jumlah tajaan yang telah diterima oleh pasangan ini adalah  RM13 juta. Fuh.... memang satu jumlah yang agak besar untuk sebuah perkahwinan. Inilah yang orang katakan sebagai rezeki nak mendirikan masjid. Orang kata, semakin dekat seseorang itu akan bernikah, semakin murah rezeki orang itu. Walaupun terdapat selebriti lain yang sebelum ini telah ditaja, namun nilainya tetap tidak boleh menandingi tajaan perkahwinan Rozita Che Wan. Admin dapat rasakan ramai yang cemburu dengan rezeki pasangan selebriti ini. Kalau mahu perkahwinan anda ditaja, jadilah artis. Kalau glamour, tentu penaja berebut-rebut mencari anda. Tak begitu?




Tajaan termahal ialah daripada Habibs Jewels yang bakal menyaksikan Rozita Che Wan memperagakan barang kemas yang bernilai RM10 juta. Sementara itu busana yang bakal digayakan ketika malam berinai adalah tajaan Bianco Mirmosa bernilai RM55,000. Tidak ketinggalan baju nikah RM100,000 daripada Man Kajang dan baju persandingan bernilai RM150,000.

Ramai juga yang membuat spekulasi bahawa pasangan ini telah membuat pinjaman di bank bagi menampung perbelanjaan perkahwinan. Bersyukur dengan tajaan yang sebegini banyak, Che Ta menafikan dia dan Zain membuat pinjaman bank untuk perkahwinan mereka. Kata Che Ta:-

Majlis perkahwinan kami ini bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya setiap tajaan yang kami perolehi ini merupakan satu rezeki. Kami memang tidak menyangka apabila ramai pihak sudi untuk menjadi penaja.

Pada awalnya kami cuma merancang untuk mengadakan majlis yang ringkas, misalnya upacara akad nikah pun sudah memadai. Mungkin dengan pelbagai tajaan yang diterima ini membuatkan majlis ini kelihatan besar dan meriah

Mana ada kami buat pinjaman bank? Semua perbelanjaan ditaja kecuali duit hantaran dan persembahan artis serta pengacara majlis datang daripada poket kami sendiri.

Pasangan pengantin ini akan berbulan madu mengeliling Eropah terutama di Itali, Jerman dan Belanda selepas selesai majlis mereka.
 

No comments:

Post a Comment