Pages

Wednesday, November 27, 2013

[PANAS]: Ustazah Zawiyah Tegur Zain Saidin & Rozita Che Wan



Sememangnya isu perkahwinan 13 Juta yang dicanang seluruh negara menjadi perbualan hangat. Kalau sebelum ini, hanya orang ramai sahaja yang mengkiritik isu pembaziran perkahwinan tersebut, namun baru-baru ini, Ustazah Zawiyah, seorang penceramah bebas telah tampil memberikan nasihat mengenai perlunya kesederhanaan dalam setiap majlis perkahwinan.

Di mana keberkatannya sesebuah perkahwinan itu kalau sebelum kahwin, kita sudah membuat perkara yang dilarang ALLAH termasuk dalam hal membabitkan pembaziran dan bermegah-megah ketika mengadakan majlis. Itu belum lagi dalam perkara yang seolah-olah menjadi trend sekarang bagi pasangan sebelum berkahwin untuk kononnya bergambar pra-perkahwinan sambil berpelukan dan berpegangan tangan. 

Kalau nak kata buat majlis besar sebab kepuasan diri, memang manusia ini selalunya tidak pernah puas, cuma kalau boleh dielak, elaklah. Kita berkahwin sebab nak dapat reda ALLAH, bukan pandangan orang sekeliling terhadap majlis yang akan dilaksanakan

Ustazah juga menjelaskan bahawa hukum kenduri kahwin hanyalah sunat sebagaimana sabda Rasulullah iaitu mengadakan kenduri perkahwinan walaupun dengan seekor kambing sudah memadai. Namun apa yang dibimbanginya, majlis perkahwinan secara besar-besaran sehingga berlaku pembaziran semakin menjadi trend dunia hari ini. 

Sebelum ini, Che Ta dan Zain telah mendedahkan bahawa mereka telah berbelanja sejumlah 200ribu untuk persiapan barangan hantaran perkahwinan mereka. Dimana setiap seorang mengeluarkan 100ribu bagi pihak Che Ta dan 100ribu pula bagi pihak Zain.


No comments:

Post a Comment