Pages

Sunday, December 1, 2013

Siapa Disebalik Maskot A.L.O.N.G?

Rancangan ALONG yang pernah disiarkan di RTM suatu ketika dulu bukanlah satu rancangan yang asing bagi mereka yang membesar pada awal tahun 2000. Satu rancangan yang cukup padat dengan pelajaran yang disampaikan dalam bentuk yang sangat menarik. Sebut sahaja Siti Sifir, siapa yang boleh lupakan lagaknya membaca sifir penuh berirama. Ramai pelajar sekolah yang cuba menyanyi seperti beliau apabila cuba untuk menghafal sifir yang sukar. Ela dan Eli? Pastinya mengukir senyuman melihat gelagat mereka. Namun watak utama rancangan tersebut tentulah si ALONG. Watak dengan kostum Kucing yang sukar untuk dilupakan. Tapi agaknya siapa disebalik kostum ALONG tersebut? 




Disebalik kostum ALONG tersebut adalah 'BETO KUSYARI'. Memang tidak disangka artis popular seperti Beto Kusyairi pernah jadi maskot ALONG suatu ketika dahulu. Ini diberitahu oleh isterinya Tisha dalam temubual dengan media. Bila diingat balik, memang agak berbeza suara Along dengan Beto. Tapi bila melihat gambar-gambar, memang tak boleh disangkal lagi. Memang Beto orangnya..!



No comments:

Post a Comment