Pages

Monday, November 25, 2013

[Tahniah]: Isteri Pierre Andre Hamil 8 Minggu

Setiap pasangan yang berkahwin sememangnya amat menunggu-nunggu kehadiran cahayamata sebagai pelengkap rumahtangga. Tahniah diucapkan kepada pelakon dan pengarah Pierre Andre yang tidak lama lagi akan menerima insan baru dalam keluarga mereka. Isteri beliau, Siti Nur Hidayah Hashim telah disahkan mengandung 8 minggu. Kata Pierre:


Saya bersyukur kepada Allah kerana memberi nikmat yang saya sendiri tak boleh jangka. Saya tak sangka, namun pada masa yang sama juga berasa teruja sangat apabila mendapat tahu isteri saya mengandung.

Bagi mengesahkan kandungan isterinya, pasangan terbabit telah membuat pemeriksaan doktor, dan disahkan telah hamil 2 bulan. Menurut Pierre, belum sempat dia memberitahu media, orang ramai telah pun dahulu mendapat maklumat mengenai berita gembira tersebut. Menurut Pierre bukan sahaja dirinya insan yang paling gembira tetapi begitu juga ibunya iaitu pelakon vateran Khatijah Tan memandangkan ini adalah cucu pertama keluarganya. 

Pada ketika ini, Pierre memberitahu bahawa isterinya mengalami alahan yang sangat teruk sehingga terpaksa dimasukkan ke wad. 

Kelmarin isteri saya terpaksa dimasukkan ke wad selama satu hari bagi memasukkan air. Sekarang ini apa saja yang dia makan, dia akan muntah balik. Alahan yang dialaminya itu sangat merisaukan saya lebih-lebih lagi usia kandungannya masih baru sangat. Apapun, saya mengharapkan doa dari kawan-kawan agar segalanya berjalan dengan lancar




No comments:

Post a Comment