“Saya umpama mencuci najis,” demikian luah bekas Presiden Persatuan
Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi yang terpaksa akur jawatannya telah
gugur selepas Mahkamah Tinggi di sini Khamis lalu memutuskan semua ahli
jawatankuasa persatuan berkenaan tidak sah.
“Saya umpama mencuci tahi orang. Bila
kita dah cuci (tahi) itu bersih-bersih, ia jadi (tahi) semula. Kami
adalah mangsa keadaan kerana kesilapan pemimpin-pemimpin terdahulu.
“Saya amat-amat sedih dengan keputusan
mahkamah ini tetapi apa boleh buat. Saya terpaksa terima. Kami
benar-benar teraniaya,” kata Zed Zaidi dalam satu pertemuan dengan
kira-kira 50 ahli Seniman di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas)
di sini pada Sabtu.
“Agenda saya dalam Seniman ini amat besar. Saya mahu meningkatkan darjat
artis-artis yang sering dipandang rendah agar terus dihormati, tetapi
saya tidak berjaya,” katanya dalam keadaan yang cukup hiba.
Diharapkan Zed Zaidi dapat bersabar dengan ujian yang diturunkan. Kalau ada niat anda betul dan ikhlas, pasti Allah akan bagi jalan lain yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment