Berhubung kenyataan Fizz Fairuz untuk masuk meminang Aimy Nadia, akhbar Kosmo! melaporkan bahawa sehinggan sekarang tiada perkembangan
berhubung Fizz Fairuz yang ingin menghantar rombongan merisik Almy Nadia. Tambah menguatkan kenyataan Kosmo!, beberapa hari lalu, Aimy telah memuat naik satu status yang menunjukkan dia telah kecewa seolah-olah
ditipu oleh seseorang. Status ini telah di printsreen oleh seseorang dan disebarkan. Ekoran status itu, menimbulkan
spekulasi bahawa ia merujuk kepada Fizz Fairuz yang khabarnya
masih belum masuk merisik Almy seperti yang dijanjikan.
Setelah melihat status beliau tersebar, Almy menafikan status itu dimuat ke laman sosial, tapi diambil dari WeChat beliau.
Hak saya telah dicerobohi! Status itu bukanlah dari laman sosial Twitter, sebaliknya ia di ambil dari WeChat saya.
Apa yang saya tahu, WeChat bukanlah satu laman sosial dan ia bersifat peribadi serta hanya boleh dibaca oleh sesiapa yang saya ‘terima’ untuk berkawan.
Almy memberitahu yang dia cukup kesal dengan penyebaran status WeChat
itu kerana pelbagai spekulasi telah timbul mengenai dirinya lebih-lebih
lagi apabila melibatkan aktor tersebut berhubung pekara itu.
Saya tahu ramai lagi yang masih menghentam Fizz. Mungkin kerana
pengalaman lalunya itu. Tapi, itu tidak bermakna dia sentiasa melakukan
perkara yang buruk.
Tapi, apa saja yang saya tulis itu, ia langsung tidak berkaitan dengan sesiapa. Terpulanglah pada andaian masing-masing.
Saya tidak perlu menjawab mengenai isu tersebut sebaliknya tanyalah sendiri kepada orang yang menyebarkannya.
Almy juga enggan memberikan komen berhubung soal perkahwinannya dengan Fizz:-
Saya tahu apabila orang masih lagi bertanya mengenai diri saya, itu bermakna saya masih lagi diingati dalam industri ini.
Tapi, untuk perkara seperti ini, saya memang tidak mahu berkongsi. Sebab, jika saya bercakap pun, orang akan bercakap juga.
Jadi, lebih baik saya tidak perlu berkata apa-apa. Jalan yang paling baik sekarang adalah dengan berdiam diri.
Mungkin Almy mengambil keputusan untuk mendiamkan diri kerana
merasakan itu tindakan selamat untuk diambil. Ialah, sebagai seorang
wanita, Almy pasti akan dikritik jika dia kelihatan melebih-lebih. Apa pun bersama kita doakan pasangan ini akan bersanding di jinjang pelamin jua satu hari nanti.
No comments:
Post a Comment