Pages

Wednesday, December 11, 2013

[GAMBAR]: Sekitar Majlis Pernikahan Jovian Mandagie & Nina Ismail Sabri

Bertempat di Istana Negara Lama, telah berlangsung majlis pernikahan di antara pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie & pilihan hatinya, Nina Ismail Sabri. Berikut merupakan gambar yang di kongsikan jurugambar rasmi mereka sepanjang majlis.


Pasangan ini telah dinikahkan sendiri oleh bapa Nina iaitu Datuk Seri Ismail Sabri dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah Istana Negara, Ustaz Nik Riduan.


Dengan hanya sekali lafaz, Jovian Mandagie sah bergelar suami kepada Nina. Jovian juga menghadiahkah Nina dengan seutas gelang emas sebagai mas kahwin pernikahan.


Sama cantik sama padan. Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri memang nampak berseri-seri dan menawan di hari pernikahan mereka. Semoga perkahwinan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat dan diserikan dengan kehadiran cahaya mata yang ramai. Tahniah!!!

Tahniah kepada Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri yang telah pun selamat bergelar suami isteri. Semoga kekal sehingga ke akhir hayat.

Kredit gambar Instagram Jovian, Instagram Nina dan PrettyPeektures.


















No comments:

Post a Comment