Ingatkan perang besar antara 2 selebriti ini sudah berlalu, namun sebaliknya telah berlaku. Tak tahu bagaimana nak komen mengenai kontroversi antara
Erma Fatima dan Rebecca Nur Islam ini. Macam sedang menyaksikan remaja bergaduh berebut teman lelaki pun ada. Sepatutnya selaku orang dewasa,
tunjukkanlah kematangan. Barulah orang lain akan lebih respek dan tidak
memandang rendah kepada kita.
Setelah menerima duit syiling 5 sen daripada Erma Fatima, Rebecaa telah menghantar kembali duit syiling 5 sen tersebut. Namun, perkara tersebut tidak selesai begitu sahaja kerana kali ini Rebecca menerima duit RM1 pula sebagai bayaran saman bernilai
RM11,200. Secara jujur, bukankah lebih mudah jika Rebecca menukar sahaja duit tersebut di bank dan biarkan pihak bank yang uruskan. Nampak sangat seperti sengaja mencipta kontroversi untuk mendapat
publisiti murahan.
Rebecca Nur Islam turut meluahkan perasaannya menerusi Instagram apabila menerima bayaran tersebut.
Tidak perlulah perkara ini dipanjangkan. Jangan mahu membazir masa dengan memulang/menukar duit sahaja. Adalah lebih baik yang seorang tu buat drama yang lagi bagus, yang seorang lagi mantapkan mutu lakonan. Ada juga hasil. Tak begitu?
No comments:
Post a Comment