Bukan seorang dua artis yang mengalami perkara tersebut, malah cukup ramai hingga ada yang tidak sanggup berdiam diri lagi bila mana teguran tersebut menyentuh soal sensitiviti seseorang.
Pelakon yang sedang berseronok bercuti bersama kelab peminatnya di Bali, Fizo Omar juga tidak terkecuali menjadi mangsa kritikan di laman Facebook miliknya. Difahamkan, Fizo terlebih dahulu memuat naik gambar yang menunjukkan dia memeluk dua orang adik perempuannya.
Malah, aktor ini turut mengakui berbesar hati jika peminat mahu menegur kesilapannya tetapi adalah lebih baik jika pendapat tersebut boleh dibaca oleh dirinya dan individu berkenaan sahaja.
No comments:
Post a Comment