Ipoh: Wajah jelita persis model, namun kumpulan
pelacur Thailand di sekitar bandar raya ini mendapat jolokan ‘pondan
puntianak’ apabila gemar bertindak ganas mencakar dan menggigit anggota
penguat kuasa yang cuba menahan mereka.
Kumpulan pelacur yang bergiat secara berkumpulan itu dikesan memonopoli
kegiatan maksiat di beberapa kawasan pada waktu malam, antaranya di
Jalan Yang Kalsom, Jalan Kampar dan Jalan CM Yusuf.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Perak Irwan Zahid berkata,
kehadiran pelacur pondan itu memang dalam perhatian pihaknya dan operasi
serta tangkapan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa.
Menurutnya, dalam beberapa operasi yang dilakukan sebelum pelacur pondan
itu agak agresif apabila menggigit tangan dan mencakar beberapa anggota
penguat kuasa yang cuba menahan mereka.
“Mereka juga sanggup bergelut semata-mata mahu melarikan diri.
Namun, itu semua tidak menghalang kami terus melakukan operasi bagi memastikan bandar raya ini bebas maksiat,” katanya
No comments:
Post a Comment