Pelakon wanita yang tidak pernah lekang dengan kontroversi, Lindsay
Lohan baru-baru ini didakwa terlibat dengan kes pergaduhan dengan adik
kepada seorang lagi selebriti Hollywood, Paris Hilton.
Kejadian tersebut berlaku hujung minggu lalu apabila Lohan dikatakan
berang dengan tindakan iaitu Barron Hilton yang mempersendakan teman
lelakinya sebelum dia dan rakannya, Ray Lemoine bertindak memukul
Hilton.
Portal hiburan dailymail.co.uk memberitahu, sewaktu kejadian tersebut, Lohan berada di bawah pengaruh bahan terlarang.
"Foto-foto lokasi kejadian di sebuah rumah agam di Miami, Amerika
Syarikat turut memperlihatkan bekas-bekas rokok dan juga serbuk putih
yang diyakini adalah sejenis dadah.
"Selain daripada itu, terdapat juga banyak minuman beralkohol di
lokasi tersebut tetapi masih belum ada pengesahan sahih mengenai ia
milik siapa," lapor portal tersebut.
Akibat daripada tindakan tersebut, Hilton dikatakan amat berang
sebelum memuat naik sekeping gambar wajahnya yang mengalami kecederaan
di laman sosial. Dia juga dikatakan bakal menjadikan gambar tersebut
sebagai barang bukti dalam membawa kes pukul itu ke muka pihak
pengadilan.
No comments:
Post a Comment