Pages

Friday, December 13, 2013

Julia Roberts Mengandung Lagi?

Lama rasanya kita tidak mendengar sebarang perkembangan berhubung pelakon Julia Roberts yang popular menerusi beberapa filem antaranya seperti Pretty Women, My Best Friend`s Wedding dan Ocean`s Twelve.

Khabar angin terbaru seperti yang dilaporkan oleh famefly.net, pelakon yang juga ibu kepada tiga orang anak ini berkemungkinan sedang mengandung.





"Cerita ini masih belum ada pengesahan namun baru-baru ini, aktres popular berusia 46 tahun itu dirakamkan fotonya sedang bersiar-siar di Los Angeles, Amerika Syarikat.

"Pada waktu itu, perutnya kelihatan sedikit membuncit seperti seorang wanita yang sedang hamil," tulis potal tersebut.

Aktres yang juga isteri kepada seorang kameraman iaitu Danny Moder ini dilihat sedang berjalan sambil memegang minuman di tangannya. Roberts memakai seluar jeans, baju berwarna hitam dan jaket kelabu selain jelas kelihatan perutnya yang sedikit membuncit itu.


No comments:

Post a Comment