Berikutan kematian pelakon utamanya, Paul Walker, penerbit filem Fast & Furious 7,  Universal Studios dilaporkan bermungkinan akan membatalkan terus penerbitan filem itu.


 
Pengarah filem ini, James Wan dilaporkan sebagai berkata terlalu sukar untuk meneruskan baki penggambaran tanpa Walker kerana beberapa babak penting melibatkan pelakon itu belum dirakamkan. 
 
'Fast and Furious 7' telah memulakan penggambaran pada September lalu dan produksi tersebut dihentikan seketika bersempena sambutan Hari Kesyukuran.