Ipoh: Tergamak seorang ibu meninggalkan bayi perempuannya yang masih
bertali pusat dalam keadaan bogel di Jalan Lapangan Perdana 9, Taman
Lapangan Setia, di sini, pagi semalam.
Bayi terbabit yang
dipercayai baru dilahirkan ditemui pekerja binaan, Chong Lean Fatt, 48,
jam 11 pagi ketika melalui jalan itu bersama dua rakan.
Lean Fatt berkata, bayi itu ditinggalkan di situ dalam keadaan
tertiarap dengan badannya berada di atas jalan tar manakala mukanya di
atas besi penutup longkang.
Sangka sudah mati Mulanya kami menyangka bayi itu sudah mati kerana tidak bergerak dan senyap tetapi tidak
lama kemudian terdengar tangisannya menyebabkan kami terus mencari kain bagi membalut tubuhnya itu.
Saya percaya bayi itu sudah lama menangis kerana
ada mendengar suara seperti tangisan jam 10.30 pagi tetapi menyangka ia salakan anjing atau bunyi kucing.
Saya tidak sedap hati dan terus memeriksa dan mendapati ia bayi perempuan, katanya ketika ditemui.
Beliau kemudian menghubungi polis dan pergi ke Ibu Pejabat
Polis Daerah (IPD) Ipoh bersama dua rakan berkenaan untuk memberi
keterangan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan
Ahmad Tarmizi Abdul Haq, ketika mengesahkan kejadian itu berkata bayi
berkenaan dihantar ke
Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan.
Bayi perempuan yang tidak dapat dipastikan keturunan dan kaumnya itu,
ditemui masih bertali pusat dan cukup sifat serta dipercayai baru
dilahirkan di tempat lain sebelum dibuang di belakang kawasan rumah
kedai terbabit.
Tiada kecederaan pada bayi itu dan polis masih
menyiasat berhubung kejadian bagi mengesan individu tidak
bertanggungjawab membuang bayi berkenaan, katanya.
No comments:
Post a Comment