Pages

Thursday, December 12, 2013

[GEMPAR]: Kes Skandal Adi Putra Digugurkan

Berkenaan status kes skandal Adi Putra bersama seorang wanita yang merupakan isteri kepada ahli perniagaan di Johor, satu sidang media telah diadakan di Kuala Lumpur malam tadi. Di dalam majlis tersebut Adi Putra telah datang bersama peguamnya untuk memaklumkan kepada umum yang keputusan rasmi dari pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah mengklasifikasikan kes skandal beliau sebagai no further action (NFA).






Ini sekaligus bermaksud tiada sebarang pertuduhan terhadap Adi Putra berkaitan skandal beliau baru baru ini yang dikatakan melibatkan seorang isteri kepada ahli perniagaan di Johor.


Sebarang kenyataan atau artikel bertulis yang bertujuan mengaitkan saya dengan tuduhan yang dibuat oleh pengadu dengan niat menjatuhkan amruah dan reputasi saya adalah salah di sisi undang undang & tidak teragak agak untuk mengambil tindakan

Dalam kenyataan yang sama kepada media, Adi Putra menegaskan yang kes ini sudah selesai dan tidak ada kene mengena lagi dengan dirinya selain meminta semua pihak supaya tidak mengaitkan dirinya lagi dengan skandal ini.

Baguslah kalau sudah selesai. Tidak perlu dipanjangkan lagi. Adi Putra sudah boleh fokus semula kepada kerjaya. Sudah tentu gosip ini banyak memberi kesan negatif kepada beliau.


No comments:

Post a Comment