Cerita tentang perkahwinan penyanyi Nubhan semakin menjadi perhatian dan tumpuan. Berikut adalah pengakuan Nubhan ketika dihubungi MH:
Sebenarnya saya memang ada teman wanita. Tentang perkahwinan pula,
saya saja cakap-cakap dan tidak pernah terfikir tentangnya. Cerita ini
mula menjadi bualan selepas saya katakan mahu berkahwin pada tahun
hadapan dalam satu sesi temu ramah tanpa sengaja. Sebenarnya dari dulu
lagi, saya memang selalu katakan bahawa saya mahu berkahwin ketika raya
dan mungkin saya kahwin raya tahun hadapan, mungkin dua tahun lagi atau
mungkin tiga tahun lagi.
Bagaimanapun apabila diminta bercerita tentang kekasih hatinya,
penyanyi lelaki ini enggan mendedahkan identiti gadis tersebut.
Cukuplah saya katakan, dia memang bakal doktor dan masih belajar di
tahun keempat di sebuah universiti di Mesir. Kami sudah kenal selama
lima tahun dan saya tidak mahu mendedahkan siapa namanya. Saya tidak
mahu keluarganya terkesan dengan pelbagai cerita kelak. Lagipun mereka
tidak biasa dengan keadaan ini
Kemungkinan juga Nubhan sedang menunggu cinta hatinya menamatkan pengajian. Susah juga jika mendirikan rumahtangga sambil menyambung pengajian, bukan apa takut fokus terjejas sahaja. Tambahan lagi, kekasih hatinya belajar perubatan, bukan calang-calang bidang.
No comments:
Post a Comment