Wah, memang tak disangka-sangka, dalam senyap-senyap pelakon Ayu Raudhah Che Wan, 29, memberitahu dia sedang hamil empat bulan anak kedua. Tahniah diucapkan kepada Ayu Raudhah. Itulah yang dinamakan rezeki.
Nampaknya Ayu Raudhah tidak mengalami sebarang alahan, menurut beliau lagi anak kedua mereka dijangka lahir pada Mei tahun hadapan.
Ayu yang melahirkan anak pertama, Muhammad Aisy Qaiser pada Mac
lalu tidak dapat menyembunyikan harapannya untuk mendapatkan anak
perempuan.
Kalau boleh mahu perempuan, setakat ini saya memang tidak alami sebarang alahan. Sebenarnya kami tidak merancang untuk mendapat anak kedua seawal ini, semuanya rezeki
Pasangan ini bernikah pada 2011 dan Ayu sebelum ini pernah mengalami keguguran.
No comments:
Post a Comment