KUANTAN:
Hanya bermodalkan satu tin gam berharga tidak sampai RM5, mana-mana
lelaki boleh menikmati tubuh seorang gadis berusia 16 tahun yang sering
berkeliaran di bandar ini dengan tujuan mahu mencari sesiapa yang boleh
membekalkan bahan mengkhayalkan itu kepadanya.
Bukan
setakat ringan-ringan, malah gadis yang sering dilihat mundar-mandir di
Jalan Pasar dan Medan Warisan di sini, mudah dibawa ke mana saja
termasuk ke ranjang asalkan ketagihannya terhadap gam dapat dihilangkan.
Berikutan
‘populariti’ gadis itu yang digelar ‘Minah Gam Ringan-Ringan’ oleh
orang ramai yang mengenalinya, wartawan Harian Metro melakukan
penyamaran dan berjaya berbual-bual dengannya.
Agak mengejutkan apabila
mendapati dia bukanlah selekeh seperti digambarkan, malah mempunyai
wajah agak menawan serta pandai bergaya, sekali gus langsung tidak
menggambarkan dirinya penagih gam tegar.
Dalam perbualan dengan
gadis itu yang hanya mahu dikenali sebagai Alia, dia mengaku tidak kisah
dibawa ke mana saja asal diberi satu tin gam untuk melepaskan ketagihan
manakala bayaran sekadar RM50 memadai jika ingin menidurinya.
“Kebiasaannya lelaki
mengajak saya ke pusat karaoke di sekitar bandar ini kerana di situ agak
selamat serta lebih terlindung daripada pandangan orang ramai.
“Tapi kalau di karaoke cuma
boleh ringan-ringan sajalah, nak lebih daripada itu kenalah bayar tip
sikit dan carilah tempat lebih sesuai,” katanya selamba.
Apabila
ditanya mengenai latar belakang termasuk keluarga serta
persekolahannya, Alia enggan menjawab dan mula menunjukkan rasa kurang
senang, namun Harian Metro difahamkan dia sudah berhenti sekolah sejak
ibu bapanya bercerai. Ditanya sejak bila dia mula menagih gam, Alia cuma
menggeleng-gelengkan kepala, namun memberitahu dia melakukan perkara
itu hanya sekadar suka-suka.
No comments:
Post a Comment