Pages

Wednesday, December 11, 2013

[Tahniah]: Usia 60 Tahun Tak Halang Wan Maimunah Nikah Lagi

MENCECAH usia 60 tahun, selepas sekian lama hidup menjanda, pelakon Wan Maimunah Wan Abdul Aziz bakal bernikah lagi. Beliau akan kembali mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan berasal dari Johor, berusia tujuh tahun lebih muda daripada beliau.




Kami mula berkenalan kira-kira dua bulan lalu sebelum bersetuju untuk berkahwin tidak berapa lama selepas perkenalan itu. Saya tidak pernah menjangka akan kembali bergelar isteri apatah lagi pada usia seperti ini, namun kita tidak dapat melawan ketentuan takdir ALLAH. Dalam waktu yang sama, saya turut bersyukur dan terharu kerana masih ada individu yang bersedia menjadi tempat berlindung dan menumpang kasih dan sayang


Wan Maimunah bakal bernikah pada 13 Disember ini di sebuah hotel di Johor Bahru, selepas Maghrib. Sementara majlis resepsi ringkas akan diadakan di Pasir Gudang pada keesokan harinya. Menurut Wan Maimunah, semenjak berita dia bakal berkahwin diketahui umum, tidak kurang ramai pihak yang menghubunginya dan melemparkan kata-kata negatif berhubung perancangannya itu.


Sesungguhnya saya amat sedih apabila ada suara-suara yang melemparkan kata-kata kurang manis seperti saya sudah tua namun masih gatal dan sebagainya. Sejujurnya saya bersetuju dengan perkahwinan ini bukan disebabkan hawa nafsu atau harta dunia. Tetapi saya mencari teman hidup, sekurang-kurangnya saya mempunyai peneman hidup yang dapat berkongsi waktu susah dan senang. Walau apa tohmahan masyarakat sekeliling, saya berharap mereka di luar sana dan peminat akan mendoakan kebahagiaan saya



No comments:

Post a Comment