Persoalan selama ini yang masih menjadi tanda tanya berhubung isu
skandal antara pelakon Adi Putra bersama seorang wanita berstatus isteri
orang akan terjawab malam ini.
Bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra pada pukul 8 malam, pelakon ini akan mengadakan sidang media khas bagi menjelaskan perkembangan terkini isu tersebut yang sudah pun menjadi kes polis.
Pada 5 September lalu, Adi dikatakan saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan seorang wanita berusia 30 tahun selepas seminggu berkenalan menerusi laman sosial.
Hubungan tersebut telah dikesan oleh suami wanita berkenaan dan telah diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
- UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment