Pages

Friday, December 13, 2013

[GOSIP]: Johan As'ari Nafi Pindah Rumah

Antara cerita panas lain yang diterima, Johan khabarnya sudah berpindah keluar dari rumah keluarganya selepas ketegangan yang wujud antara mereka. Betul ke ni? Apa sudah jadi? Takkanlah sampai nak keluar rumah bila cinta tak direstui?


Menolak mentah-mentah berita itu, menurut Johan, dia masih lagi tinggal bersama keluarga.

Saya masih tinggal bersama keluarga tau. Saya tidak tahu bagaimana kisah ini keluar. Mana dapat cerita ni? Mungkin tidak lama lagi saya akan berkahwin, banyak kena berubah. Apa yang penting adalah tolonglah sama-sama mendoakan kebahagiaan saya

Dalam pada itu, seorang rakan artis turut bercerita mengenai kejadian pada malam Anugerah Skrin Jumaat lalu. Khabarnya Johan telah menerima amaran daripada ibunya agar tidak pergi ke sana bersama Lana. Malah situasi itu agak tegang sehingga mengganggu emosi Johan.

Realitinya kata Johan, hubungan dengan keluarga masih berada dalam keadaan baik. Memahami bahawa ibunya mahukan wanita terbaik mendampingi dirinya, Johan menyerahkan jodohnya sebagai urusan Allah.

Hubungan saya dengan keluarga masih baik. Orang hanya membuat spekulasi kononnya kami renggang, tidak betul. Saya kena banyak berdoa semoga semuanya okey dan keluarga gembira dengan pilihan ini



No comments:

Post a Comment