Pages

Wednesday, December 11, 2013

[TAHNIAH]: Rozita Che Wan Sah Bergelar Isteri Kepada Zain Saidin

Siang tadi telah berlangsungnya majlis pernikahan pereka fesyen terkenal, Jovian. Manakala pada sebelah malamnya telah berlangsungnya upacara akad nikah antara Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Sememangnya pernikahan ini amat ditunggu-tunggu oleh peminat dunia hiburan.



Upacara pernikahan pasangan ini bertempat di Setia City Convention Centre, Shah Alam. Selepas beberapa tahun menyulam cinta sesama mereka dan hubungan mereka menjadi tumpuan para peminat sepanjang, pasangan ini telah pun selamat di’ijabkabulkan.

Rozita Che Wan & Zain Saidin telah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dan pasangan ini dinikahkan oleh Ketua Pendaftar Nikah Negeri Selangor, Ustaz Alwi Parman. Rozita diwalikan oleh adiknya Roshidi Che Wan.


Rozita Che Wan menerima sebanyak sembilan peti hantaran termasuklah cek wang hantaran RM23,200, mas kahwin RM9,300 serta cincin nikah bernilai RM93,000.




















No comments:

Post a Comment