Sama seperti kebanyakan suami lain, pelakon dan pengacara Awal Ashaari mengakui terdapat perubahan ketara yang berlaku kepada isterinya, Scha Al-Yahya sejak aktres itu disahkan hamil.
I lost my wife! Rasa macam kahwin dengan orang lain (gelak)
Itu
reaksi pertama Awal Ashaari saat diminta berkongsi mengenai perasaannya
bakal bergelar bapa, tidak lama lagi. Kembali menyambung perbualan, kata Awal Ashaari, dalam pada dia
seronok untuk menantikan kelahiran cahaya mata sulungnya, dia juga
berasa pelik dan adakalanya lucu apabila melihat perubahan sikap
isterinya itu.
Dia jadi orang lain. Karakter dia bertukar. Kalau dulu dia seorang
yang agresif, sekarang ni dia menjadi lebih feminin. Dia jadi lemah
lembut dan penyabar. Saya perasan dia beli bantal bunga-bunga. Tak
pernah-pernah pakai kasut warna merah jambu, dia beli kasut warna merah
jambu.
Saya rasa pelik dengan perubahan karakter dia itu (tahan gelak).
Tapi itu mungkin perubahan hormon, kan. Dia ada juga mengidam nak makan
macam-macam dan setakat ni saya mampu turutkan. Kalau sebelum ni dia
suka makan otak-otak dan nasi lemak, sekarang dia tak makan dah. Kalau
dulu dia tak minum air soya, sekarang dia minum
Menurutnya lagi, mereka berdua belum membuat imbasan bagi mengetahui
jantina bakal cahaya mata mereka itu. Bahkan dari segi persiapan juga
masih belum dibuat.
Sekarang ni kandungan Scha hampir mencecah lima bulan. Sebenarnya
masa usia kandungan 14 minggu, dia ada buat imbasan tapi ketika tu tak
nampak lagi jantina anak kami. Sejak tu Scha tak buat apa-apa scan, tapi
kami berdua terima apa saja pemberian Allah, tak kira sama ada bayi
lelaki atau perempuan
Dari segi persiapan, Scha tak nak beli barang awal-awal. Dia cakap
tunggu dulu bila dah masuk tujuh atau lapan bulan nanti baru dia nak
buat persiapan untuk menyambut kelahiran anak kami
Awal Ashaari juga memaklumkan yang Scha al-Yahya mahu berpantang di
rumah ibunya yang terletak di Mount Kiara, selepas melahirkan nanti.
No comments:
Post a Comment