Pages

Monday, March 10, 2014

Kisah Mereka Yang Tak Sempat NAIK Pesawat MH370


SEKURANG-KURANGNYA tiga penumpang dikesan ‘terlepas’ daripada situasi cemas seperti yang dilalui penumpang MH370 apabila mereka tidak sempat menaiki pesawat berkenaan. Seorang ahli perniagaan yang membatalkan penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan Malaysia Airlines (MAS) terkejut dengan berita pesawat MAS dilapor hilang hari ini.


Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Woo berkata, mengikut perancangan awal, beliau sepatutnya menyertai dua rakannya menaiki pesawat itu untuk ke Beijing atas urusan perniagaan.


Bagaimanapun beliau terpaksa membatalkan hasratnya ke Beijing pada saat-saat akhir kerana dia perlu ke Singapura atas urusan yang lebih penting.

“Saya masih terkejut dengan berita ini. Tapi saya tidak pasti sama ada dua orang rakan saya itu ke Beijing atau Shanghai. Jika mereka ke Shanghai saya yakin mereka selamat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.


Woo berkata, beliau masih menunggu perkembangan terkini mengenai nasib dua rakannya itu kerana mereka masih belum dapat dihubungi sehingga sekarang. 

No comments:

Post a Comment