Pelawak popular, Jep Sepahtu menyangkal gosip yang mendakwa kononnya dia sudah mengikat tali pertunangan.
Perkara itu langsung tidak berlaku dan berita itu adalah bohong.
Terkejut juga apabila mendapat tahu berita pertunangan saya sedangkan
saya sendiri tidak tahu tentang hal itu. Pelik rasanya apabila ada pihak
yang lebih tahu mengenai saya berbanding saya sendiri
Sebelum ini sebuah akhbar mingguan telah melaporkan Jep atau nama
sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin telah bertunang pada Januari lalu
dengan seorang wanita sekampung dengannya.
Dalam pada itu, Jep berkata, dia kini enggan menjawab mana-mana
panggilan daripada media yang ingin mendapatkan kenyataannya berhubung
gosip mengatakan dia sudah bertunang buat sementara waktu.
Saya tidak faham kenapa penulis berkenaan tidak menghubungi saya
sebelum keluarkan berita tersebut. Kenapa selepas keluar berita tidak
sahih barulah semua nak hubungi saya? Bukannya saya tidak mahu beri kerjasama tetapi saya rasa ianya cukup
adil antara kedua-dua belah pihak apabila mereka keluarkan berita tanpa
mendapatkan penjelasan saya dan saya pula tidak memberi kerjasama untuk
memberi penjelasan
Sementara itu, Jep tidak meluahkan rasa kesal atau kecewa dengan
penyebaran gosip tersebut dan berfikiran positif dan menyifatkan gosip
tersebut sebagai doa untuknya bertemu pasangan hidup.
No comments:
Post a Comment