BIARPUN usianya tahun telah mencecah 31 tahun, pelakon dan pelawak Jihan
tidak pernah meletakkan sasaran umur untuk mengakhiri zaman bujangnya
walaupun mengakui mempunyai teman istimewa iaitu peserta program Pilih
Kasih musim kedua, Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli, 29.
Jihan yang juga merupakan anggota kumpulan S.Y.J ini juga memberitahu
dia tidak mahu terlalu memikirkan hal itu dan hanya akan berserah pada
takdir.
Sebenarnya kami sudah berkawan sejak dari sekolah lagi dan hubungan ini sekarang jadi lebih rapat. Tapi buat masa ini perancangan untuk berkahwin belum ada lagi. Memang sengaja tidak mahu rancang sebab semuanya belum pasti.
Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan, jadi biarlah ia berlaku dengan sendirinya
Ditanya bagaimana reaksi keluarganya mengenai perkara ini, Jihan
memberitahu dia bersyukur kerana dikurniakan sebuah keluarga yang amat
memahami dirinya.
Alhamdulillah, keluarga saya terutamanya ibu tidak kisah dengan perkara ini. Mereka sentiasa beri dorongan kepada saya. Lagi pun, perkara seperti ini tidak boleh paksa-paksa
No comments:
Post a Comment