DIFAHAMKAN ketika lewat malam tadi, sekeping gambar yang penuh
dicalit kontroversi tersebar di laman media sosial dan ia mencetuskan
perdebatan hangat. Gambar berkenaan menunjukkan seorang wanita yang lengkap berpakaian
tudung umpama seorang Muslimah tetapi keadaan sekitar dan suasana gambar
itu tidak begitu sesuai.
Wanita itu digambarkan dalam keadaan melutut dan seolah-olah
sedang ‘berdoa’ mengikut cara penganut agama Kristian di dalam sebuah
gereja.
Pemeriksan lanjut mendapati asal permulaan gambar berkenaan
tidak dapat ditentukan namun ia jelas menerima kritikan daripada umat
Islam lain melihatkan cara wanita di dalam gambar itu.
Gambar itu difahamkan disebarkan melalui aplikasi bual di telefon pintar Whatsapp dan kini sudah tersebar meluas di internet.
Dari manakah punca sebenarnya gambar yang tersebar ini dan apakah yang berlaku di dalamnya kini hangat dibualkan di internet.
Pada ketika banyak pihak mengharapkan agar umat Islam bersatu, banyak
pihak tertentu pula cuba melakukan provokasi ke atas Islam dengan
pelbagai cara dan mungkin termasuk cara begini. –
No comments:
Post a Comment