Jika sebelum ini nama Eina Azman sering menjadi sebutan gara-gara isu
pergaduhannya dengan ibu pelakon Afiq Muiz, nampaknya gadis kelahiran
Mentakab, Pahang ini sekali lagi menjadi perhatian apabila dia
dikhabarkan tidak memberi komitmen untuk penggambaran filem usahasama
Malaysia-Indonesia, ‘Kuntilanak Ciliwung’.
Akhbar Harian Metro
pada Sabtu lepas melaporkan Eina telah meninggalkan lokasi penggambaran
selepas berselisih faham dengan pengarah filem ketika penggambaran
dijalankan di Indonesia.
Eina bertegas meminta untuk pulang ke tanahair pada 6 Mac dengan alasan
terikat pada komitmen kerja dan perlu menghadiri majlis pra-tonton
sedangkan syarikat produksi tersebut sudahpun memberi kebenaran buat
Eina pulang pada 4 Mac. Pihak produksi mencadangkan agar dia pulang pada
10 Mac memandangkan penggambaran akan dijalankan di Kuala Lumpur
selepas tarikh itu.
Eina dikatakan naik berang sekaligus
meninggalkan set penggambaran dan pulang ke Malaysia. Tindakannya itu
sedikit sebanyak menyusahkan pihak produksi kerana Eina merupakan teraju
utama filem tersebut.
Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina
Azman bagaimana pun enggan mengulas lanjut saat diminta penjelasan
mengenai apa yang berlaku. Katanya, buat masa ini dia ingin memberi
sepenuh tumpuan bagi promo filem, ‘Zombi Kilang Biskut’.
Saya
baru pulang daripada Johor Bharu untuk promo filem ‘Zombi Kilang
Biskut’. Sebagai salah seorang pelakon dalam filem ini, saya diminta
untuk hadir di majlis promo dan pra-tonton. Ya lah, kalau tak hadir
nanti orang kata apa pula
No comments:
Post a Comment