Pages

Wednesday, March 12, 2014

[PANAS]: 'Juruterbang Bunuh Diri' - Utusan Malaysia Siar Spekulasi Melampau Tragedi Kehilangan MH370


Tragedi kehilangan MH370 menggemparkan seluruh dunia. Ramai pihak yang melahirkan rasa simpati dan merasa sedih dengan apa yang berlaku. Apatah lagi keluarga penumpang dan kru pesawat Malaysia Airlines (MAS) berkenaan.


Oleh itu, semua pihak termasuk media disarankan agar tidak mereka atau membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini. Namun apa yang dilakukan oleh sebuah akhbar tempatan ini memang seperti sengaja mencari pasal.


Memetik sumber berita, akhbar Utusan Malaysia membangkitkan kemarahan orang ramai di media sosial  apabila menyiarkan senarai kemungkinan penyebab tragedi kehilangan pesawat MH370. Ini kerana salah satu dari kemungkinan yang dicatatkan ialah ‘juruterbang membunuh diri’. Senarai kemungkinan yang disiarkan tanpa merujuk mana-mana sumber itu disifatkan sebagai spekulasi liar dan tidak sensitif kepada keluarga juruterbang.


Tindakan akhbar ini ternyata seperti langsung tidak mengambil kira perasaan keluarga juruterbang berkenaan. Walaupun disenaraikan sebagai kemungkinan, namun ia sudah tentu memberi gambaran buruk kepada beliau dan keluarganya. Pastinya sesiapa sahaja boleh bersedih jika ahli keluarga kita dituduh sebegitu.

Memetik sumber, salah seorang ahli keluarga juruterbang berkenaan meluahkan rasa kecewa dengan perkara ini. Beliau begitu terkilan dengan tuduhan sedemikian.


Semoga semua pihak peka dengan setiap artikel yang disiarkan. Ini bukan sahaja menganggu emosi keluarga mangsa bahkan boleh menimbulkan salah faham dan kekecohan.


No comments:

Post a Comment