Kuantan:
“Harga hidangan makan tengah hari sebanyak RM1,500 untuk lapan orang
itu sudah dipersetujui pelanggan dan ia perkara biasa, bukan
menghairankan kerana ikan kelah dan patin itu sukar diperoleh.
“Tidak
timbul isu pelanggan tidak berpuas hati dengan harga berkenaan kerana
ia sudah dipersetujui sebelum disediakan,” kata pemilik kedai makan,
Haris Bakri Ismail, 46, yang kedainya di Temerloh menjadi perbualan
hangat di laman sosial berikutan harga makanan tengah hari itu dikatakan
terlalu mahal.
Malah,
ada antara pemilik akaun Facebook mengecop Temerloh yang dikenali
sebagai bandar ikan patin sebagai lokasi harga makanan paling mahal di
negara ini berikutan harga dikenakan pengusaha kedai makan di daerah itu
dianggap melampau.
Haris
yang menjelaskan isu itu berkata, pelanggan terbabit mahukan ikan kelah
dan patin buah, sambal hitam serta udang galah untuk hidangan dan
harganya sudah dipersetujui.
Beliau yang sudah lebih 13 tahun berniaga berkata, dia tidak pernah
menerima rungutan daripada pelanggannya sebelum ini walaupun pernah
menyediakan hidangan dengan harga RM5,000.
“Saya menyediakan hidangan mengikut tempahan pelanggan. Sebagai contoh
jika mereka mahu ikan kelah, saya perlu menempuh perjalanan hampir lima
jam untuk mengambilnya daripada pembekal di Ulu Tembeling, Jerantut.
No comments:
Post a Comment