Umum
mengetahui, Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Latiff bertikam
lidah dengan penerbit eksekutif Grand Brilliance, Jalena Rejab sewaktu
mereka menjalani penggambaran Ariana Rose di London.
Semuanya
gara-gara keengganan Fathia untuk melakukan promo episod akhir Ariana
Rose sebaik sahaja penggambaran drama itu tamat pada 26 Januari lalu.
Pergaduhan
tersebut mendapat perhatian media sehingga Fathia menjadi mangsa
kritikan peminat di laman sosial. Meskipun sudah memberikan penjelasan
bagaimana dia boleh berbalah dengan Jalena Rejab namun masih ada
kalangan artis yang dilihat kurang senang dengan tindakan Fathia.
Salah
satunya ialah Nabila Huda. Menerusi akaun Instagram, pelakon seksi itu
memuatnaik sekeping gambar yang memaparkan laporan penjelasan Fathia dan
Jalena berhubung kontroversi di London.
Ianya
turut disertakan dengan caption yang meminta Fathia menyatakan
permohonan maaf daripada menuding jari dan menutup kesalahan selain
menyatakan seluruh krew produksi mengetahui perkara sebenar.
Perkongsian
Nabila Huda itu mendapat pelbagai reaksi dari pengikutnya di Instagram.
Ada yang menyokong, tidak kurang juga yang hairan kenapa Nabila
tiba-tiba memuatnaik status berkenaan.
No comments:
Post a Comment