Pages

Monday, March 10, 2014

#MH370 : Luahan Anak Kru MH370 Minta Ayahnya Pulang


KETIKA memantau perkembangan operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, penulis mengesan tweet dari seorang wanita dipercayai anak kepada seorang daripada kru penerbangan berkenaan. Gambar 12 anak kapal pesawat MH370 juga telah tersebar di laman sosial dengan hashtag #PrayForMH370 (#DoaUntukMH370).


Dalam tweet berkenaan wanita itu dengan tweethandle @Gorgxous_ seakan-akan memberitahu kepada ayahnya agar pulang segera kerana di dalam media seluruh dunia sudah tersebar berkenaan ayahnya itu.

“Ayah, berita tentang ayah sudah meluas di berita dan akhbar, balik segera supaya ayah boleh membacanya, tidakkah ayah rasa teruja?,” kata wanita itu.

Tweet berkenaan mendapat perhatian pengguna twitter lain dan ia diulang tweet sebanyak 9,944 kali. Daripada 12 anak kapal yang sudah diketahui senarai namun nama kru yang dimaksudkan oleh wanita ini tidak diketahui siapa tetapi yang pasti beliau turut bertugas dalam penerbangan MH370.

Penulis cuba membayangkan bagaimana perasaan wanita itu dan juga ahli keluarga penumpang MH370 yang lain ketika ini berdebar-debar menanti apakah yang terjadi kepada pesawat malang itu.

MH370 hilang dari jangkauan radar pada pukul 2.40 pagi Sabtu selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing di China pada pukul 6.30 pagi hari yang sama iaitu semalam.


No comments:

Post a Comment