Kontroversi yang mengaitkan Wawa Zainal dan Metrowealth International
Group (MIG) nampaknya sudah selesai apabila aktres jelita itu khabarnya
sudah keluar daripada syarikat pengurusan tersebut secara rasmi sekitar
Disember tahun lalu.
Jelas Wawa, walaupun tidak berbincang empat
mata dengan Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo mengenai hal itu
namun mereka ada berhubung melalui surat, dan pihak MIG telah sedia
maklum tentang pengundurannya.
Saya ada
menghantar surat mengatakan saya ingin keluar daripada MIG dan mereka
juga melepaskan saya dengan cara baik. Secara hitam putih, saya sudah
tidak bersama MIG sejak beberapa bulan lepas dan aktiviti seni saya
bakal diuruskan oleh suami. Saya anggap perkara ini sudah selesai
Saya ingin
memberi fokus pada anak dulu. Alhamdulillah, kehidupan saya sekarang
lebih tenang disamping anak dan suami yang penyayang. Saya sangat
bahagia
Wawa Zainal hanya mahu berehat seketika dari dunia lakonan sehingga
anaknya, Ahmad Fakharuddin Attar mencecah usia tujuh bulan.
No comments:
Post a Comment