Nampaknya
kontroversi yang menimpa Hanez Suraya mendapat perhatian luas
rakyat Malaysia. Sebelum ini Chef Wan pernah menyelar Hanez sebagai
‘betina gatal’. Terkini juara program Imam Muda 2, Imam Muda
Hassan, turut dilihat mengeluarkan status di Facebooknya yang
seolah-olah menegur perbuatan Hanez dan Romie yang pergi bercuti
di Bangkok. Walaupun tidak menyebut secara nyata nama pelakon
tersebut, memang siapa yang makan cili akan terasa pedasnya dengan kata-kata
Imam Muda Hassan.
Memetik
status Facebook Imam Muda Hassan:-
Bercuti
Dengan Bukan Mahram?
Lagi-lagi
kisah percutian ‘pasangan’ yang belum mempunyai ikatan yang sah.
Bercuti
dengan bukan Mahram tetapi ditemani oleh orang lain bukanlah satu ‘excuse’
untuk menghalalkan apa yang haram. Matlamat tidak menghalalkan cara.
Walaupun
ditemani orang lain, tetapi adegan pegang tangan bersama tidak akan
memungkinkan ia menjadi Halal.
Tak
kisahlah kalau percutian anjuran syarikat sekalipun, jika batas-batas tidak
dijaga, lelaki dan perempuan bebas bergaul tanpa batasan, ia tetap haram.
Dah
tak tahan sangat, kahwin sahaja…lepas tu nak bawak naik Gunung Everest
sekalipun, tiada siapa yang halang.
Jangan
cuba menghalalkan yang haram!
Cuba
bernas kata-kata Imam Muda Hassan itu yang boleh dijadikan panduan untuk kita
semua. Selain itu, Imam Muda Asyraf juga sebelum ini sempat membuat
memberi komentar kelakar mengenai isu ini di Twitternya yang bertulis “Press
Conference ptg ni bersama Hanez Suraya dll.. Isteri sy pesan.. “Abg jaga
mata”.. Hehe“.
No comments:
Post a Comment