Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman tidak menyesal membatalkan
hasratnya untuk melancarkan album terbaru. Kongsinya, setelah pulang
daripada mengerjakan haji, dia ada terfikir untuk tetap terlibat dalam
bidang muzik. Namun selepas berfikir dua kali, dia yakin dengan
keputusannya.
Alhamdulillah, tak susah sebenarnya untuk membuat
keputusan ini sebab rasa cinta saya buat Allah SWT lebih besar dari
cinta saya kepada dunia dan bidang muzik
Jelas Mizz Nina, dia puas dengan pencapaiannya dalam bidang
muzik dan sudah tiba masanya untuk dia memberi fokus dalam bidang
perniagaan dan sesuatu yang dapat menjamin masa depan.
Dah tiba
masanya untuk saya berehat dalam dunia seni. Saya dah buat apa yang saya
nak buat dan sekarang saya ingin fokus pada perniagaan atau mungkin
terlibat dalam bidang pengacaraan pula. Saya dah tak mahu menyanyi di
depan penonton lelaki sebab ia bertentangan dengan kepercayaan saya
sekarang
No comments:
Post a Comment