Anak lelaki kedua kepada pasangan Malaysia yang didakwa kerana
memukul tangan anaknya dilihat lebih banyak memberi soalan berbanding
menjawab soalan dan keliru ketika menerangkan kes penderaan. Adam Azizul Raheem,11,cuba menggambarkan insiden apabila ibunya,
Shalwati Nurshal dikatakan memukulnya menggunakan penyangkut baju
apabila tidak melakukan cucian dengan betul.
Apabila diminta untuk menggambarkan kronologi tersebut, Adam
tiba-tiba memberitahu insiden abangnya, Ammar dipukul sebelum berbalik
kepada soalan, dan selepas itu turut menceritakan dia sesat di pusat
membeli-belah ketika berusia 6 tahun..
Mengimbas kembali insiden yang melibatkan ibunya, Adam memanggil
sarung tangan yang digunakan ketika memukulnya sebagai “muffin” sebelum
soalan seterusnya dan penemuduga mendedahkan ia sebagai “mitten’.
Polis wanita itu telah bertanyakan Adam sama ada dia dipukul kerana
tidak bersembahyang, dan turut menyatakan bahawa Azizul ada memberitahu
pihak penyiasat bahawa ibu bapa muslim dibenarkan memukul anak-anak
mereka jika tidak bersembahyang.
“Jika kami tidak sembahyang, bapa akan mengajak kami sembahyang
dengannya. Tetapi jika dia tahu kami berbohong (tidak sembahyang), dia
kadang-kala marah,” jelas Adam.
Ketika ditanya apa yang terjadi apabila bapanya marah, Adam berkata
dia akan menjerit kepadanya, kakak dan abangnya tetapi sentiasa
“bercakap baik” dengan adiknya, Ariff.
Penemuduga itu bertanya kepada Adam bagaimana perasaannya ketika bercakap dengan polis, Adam segera menjawab dia bosan.
“Tetapi saya gembira hari ini, membuat rekod baru tamatkan temuduga
dengan cepat,” tambah Adam gembira, menyebabkan Azizul tersenyum melihat
anaknya ketawa.
Temuduga terpaksa dipendekkan beberapa sesi selepas Adam enggan
bercakap, dan bertanyakan “berapa lama” dan “bila soalan akan habis”. Tamat temuduga itu, Adam dilihat meninggalkan bilik, walaupun polis
wanita itu bertanya sekiranya ada perkara lain yang hendak diberitahu.
“Tiada, tiada, tidak, tiada,” jelas Adam, sambil bangun.
Pada 10 Februari lalu, Shalwati dan Azizul didakwa dengan pelbagai
kekasaran dan melanggar integriti kanak-kanak, dengan memukul serta
mendera anak-anak mereka.
Kesalahan-kesalahan yang didakwa berlaku di rumah keluarganya di
SpÄnga, pinggir bandar Stockholm, antara September 15, 2010 dan 17
Disember 2013 .
No comments:
Post a Comment