Pages

Thursday, March 27, 2014

[GEMPAR]: Datuk Jalaluddin Hassan Nyaris Kena Cabul Dengan Bos Sendiri


Mungkin tidak ramai peminat mengetahui kisah hidup sebenar pelakon tersohor negara, Datuk Jalaluddin Hassan, 60. Hari ini akhbar Utusan telah berkongsi satu artikel yang menceritakan pengalaman beliau berdikari sehingga bergelar pelakon.


Apa yang menarik perhatian ialah pengalaman Jalaluddin bekerja dengan syarikat East Asiatic di Jalan Ampang. Ketika itu, beliau berusia dalam lingkungan 20-an.

Sebelum mula bekerja dengan syarikat terbabit, Jalal terpaksa menjalani latihan selama tiga bulan. Beliau kemudiannya diserap sebagai pekerja tetap dan memegang jawatan kerani sehingga dicemburui oleh kebanyakan pekerja lain. Tidak lama selepas itu, Jalal dinaikkan pangkat sebagai penyelia. Di sinilah kisah bagaimana beliau berdepan detik-detik cemas nyaris dicabul.

“Masa itu, saya sudah pun berkahwin. Nak dijadikan cerita, saya telah dipanggil masuk ke pejabat pemilik syarikat berkenaan yang merupakan seorang lelaki Inggeris yang sudah lanjut usia sedangkan saya ketika itu berusia dalam 20-an.

“Berbual dengannya di dalam pejabat, bos saya itu hairan kenapa saya cuma kerja biasa-biasa sedangkan dia melihat saya mahir berbahasa Inggeris. Saya katakan sebenarnya saya mahu menimba pengalaman hidup di samping menanam hasrat untuk menjadi pelakon.

“Namun selepas saya katakan begitu, dipendekkan cerita, tiba-tiba dia cuba membuka seluarnya dan mahu melakukan perbuatan tak senonoh. Saya tak cakap banyak, angkat kaki dan lari macam tak cukup tanah! Terkejut.


“Pertama kali saya berdepan dengan manusia sepertinya. Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Marah, sakit hati, semuanya ada.”


Wednesday, March 26, 2014

Dua Pelajar Yang Terselamat Ceritakan Detik Cemas Hilang Di Gunung Bubu


Saya nampak mereka terkapai-kapai, tapi tak boleh nak selamatkan, keadaan sangat bahaya, sudahnya saya hanya mampu menangis lihat mereka, kata salah seorang mangsa yang selamat, Siti Azimah Mohd Fitri, 17.

Menurutnya, dia tidak mampu menyelamatkan dua rakannya itu berikutan tidak pandai berenang sebelum menjerit meminta bantuan seorang lagi rakan, Muhamad Putera Rafaii yang tidak jauh dari tebing Sungai Gading, lokasi dua mangsa ditemui lemas.

“Setibanya Putera ke tebing Sungai Gading, kami tidak nampak mereka lagi. Sebelum itu, kami bercadang untuk menyeberangi sungai itu untuk menjejaki kumpulan lain, tidak sangka jadi begini. Sungai itu kelihatan seperti kolam dengan air tenang. Kami ingatkan airnya cetek kerana dari tepi kami nampak dasar sungai itu hanya sejengkal, tidak sangka ia dalam.

Di antara kami, hanya Putera sahaja pandai berenang,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Kangsar di sini, semalam. Siti Azimah yang pernah mengikuti ekspedisi sama tahun lalu mengakui, masih trauma dan tidak bercadang mengikuti ekspedisi lasak kelak selepas kejadian meragut dua nyawa rakannya itu. Katanya, dia bersyukur dapat kembali ke pangkuan keluarga, namun masih bersedih.


Sementara itu, Muhamad Putera turut menceritakan perit jerih mereka berdua meneruskan perjalanan mencari jalan pulang selepas berpisah dengan kumpulan lain selepas tragedi itu. Katanya, mereka terpaksa mencari tempat teduh dengan tidur di celah-celah batu yang dingin ketika hujan lebat pada malam kejadian.

“Pada hari kedua, kami berusaha mencari mereka berdua di pesisir sungai dan menemui Adam Asraf Azman dalam keadaan tertiarap di tebing sungai. Kami berdua cuba menarik mayat Adam ke tepi tetapi kaki dia tersangkut dekat celah-celah batu. Kami sedih terpaksa meninggalkan dia (Adam) di situ sebelum berusaha mencari jalan keluar dengan menuruni gunung dan tidur kira-kira 500 meter dari mayat Adam,” katanya.

Muhamad Putera berkata, mereka memasang unggun api bagi mengelakkan kesejukan dan bergilir-gilir menjaga antara satu sama lain. Kami guna segala ikhtiar kehidupan yang dipelajari dalam ekspedisi ini dengan menggunakan sungai sebagai sumber minuman. Kami bernasib baik apabila membawa makanan dalam tin yang disandang sepanjang perjalanan itu dan ketika ditemui, kami ingin memasak makanan berikutan kelaparan dan keletihan,” katanya.

Pada Ahad lalu, empat pelajar Tingkatan 5 Kolej Vokasional Padang Rengas dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi mendaki Gunung Bubu di Ulu Kenas. Kehilangan keempat-empat pelajar itu disedari guru pengiring mereka ketika menuruni gunung tersebut kira-kira jam 2.30 petang. Pelajar yang semuanya berusia 17 tahun menyertai perkhemahan yang dianjurkan kolej berkenaan bersama 21 pelajar lain dengan ditemani enam guru pengiring


Penjelasan Tauke Jambu Isu Gambar Berpelukan Di Kelab Malam Tersebar?


Tersebar beberapa keping foto ‘mesra’ Tauke Raja Lawak bersama beberapa orang gadis di sebuah kelab malam di blog-blog hiburan tempatan. Foto daring tersebut secara tidak langsung telah mengaitkan Tauke dengan kontroversinya dulu dan pelawak ini turut digelar ‘kaki perempuan’.


Memetik sumber OhBulan, Tauke yang dihubungi menjelaskan bahawa dia sedia maklum mengenai perkara itu dan tidak merasakan bahawa imejnya akan tergugat dengan penyebaran foto tersebut.

“Sebenarnya gambar itu gambar lama. Dah pernah keluar pun sebelum ini dalam internet, cuma kali ini lebih kecoh apabila masuk dalam banyak blog hiburan.

Saya akui memang saya ada di kelab tersebut bersama kawan-kawan selepas selesai sesi penggambaran. Tetapi, saya tidak kenal pun siapa wanita itu dan dia yang minta saya peluk.

Saya cuma menjaga hati peminat apabila meminta untuk bergambar bersama saya. Jadi, saya rasa saya perlu lebih berhati-hatilah selepas ini supaya perkara ini tidak terjadi lagi.”

Tauke turut menambah bahawa dia tidak tahu siapa yang menjadi dalang penyebaran gambar tersebut dan tidak berani menuduh mana-mana pihak.

“Dulu memang saya kerap ke kelab malam, tapi sekarang saya dah tak pergi langsung. Malah, agak tidak wajar jika ada pihak yang mahu mengaitkan perkara ini kes perceraian saya kerana isteri saya dulu memang akan sentiasa bersama saya 24 jam, saya pergi mana-mana pun akan ada dia.


Tapi nak buat macamana, jodoh itu ketentuan Allah SWT. Takpelah, bagi saya benda yang dah lepas tu, biarlah lepas. Namun, saya juga tak nafikan yang kita tak boleh tutup mulut orang. Bukan semua orang suka pada kita kan?”

Tuesday, March 25, 2014

Che Ta & Zain Saidin Sudah Memilih Nama Bakal Anak Mereka?

Pasangan suami isteri mana tidak gembira apabila mengetahui mereka bakal menimang cahaya mata hasil dari perkahwinan tersebut. Begitu juga perasaan Rozita Che Wan dan suaminya Zain Saidin apabila mengetahui Che Ta sudah hamil. Che Ta memberitahu, dia sendiri tidak menyangka perkahwinan keduanya yang baru berusia empat bulan sudah membuahkan hasil. 


Menurut Che Ta, ini merupakan antara hadiah paling berharga yang baru menyambut kelahiran dirinya yang ke-41. Tidak cukup dengan itu sahaja, dia yakin kehadiran anak ini bakal melengkapkan impian Zain untuk bergelar bapa.



Zain memang rapat dengan anak-anak saya. Dia juga suka budak-budak. Jujurnya melihat anak adik-adik saya dia sering memberitahu dia yakin mampu menjadi seorang ayah yang baik untuk anak kami nanti. Mungkin ini hadiah hari lahir untuk kami berdua tahun ini, Zain baru sahaja menyambut hari lahir yang ke-30 pada 23 Februari lalu dan saya 9 Mac


Selain itu, Che Ta memberitahu teruja untuk mengetahui jantina anak. Che Ta dan Zain juga sudah memilih nama untuk anak yang bakal dilahirkan nanti. Muhammad Ali atau Aishah adalah nama yang sudah dipilih.


[PANAS]: Penjelasan Suami Sri Yanti, Edy Casmadi Isu Penceraian?


Suami kepada pelakon dan peserta program Fear Factor Musim Kedua, Sari Yanti iaitu Mohd Edy Casmadi Che Hussin meminta pihak media tidak bertanya sebarang soalan mengenai keretakan rumah tangganya bersama wanita berkenaan kepadanya.


Mohd Edy, 34, ketika ditemui diperkarangan Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di sini pada Khamis berkata, dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk mengulas mengenai perkara itu memandangkan dia bukan seorang selebriti.


“Tanya dia, jangan tanya saya. Lebih baik dia (Sari Yanti) yang memberikan komen mengenai perkara ini kerana saya bukannya selebriti,” katanya kepada mStar Online.



Pada 25 Februari lalu, Sari Yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari, 30, menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan.

Usaha untuk memperbaiki keadaan juga tidak berhasil apabila kedua-dua belah pihak tidak hadir untuk mengikuti proses sulh (berdamai) yang sepatutnya berlangsung di Kompleks Mahkamah Syariah Seremban, pada Rabu lalu. Mengulas mengenai perkara berkenaan, Mohd Edy secara ringkas memberitahu; “Saya tidak bersetuju dengan penceraian”. -mStar-

Hasil perkahwinan selama 5 tahun, Mohd Edy Casmadi dan Sari Yanti dikurniakan dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2. Semoga ada jalan penyelesaian yang tidak melibatkan penceraian dapat dicapai oleh pasangan suami isteri ini. Sama-samalah kita doakan. Apa pun, fikirkanlah anak-anak sebelum membuat sebarang keputusan.




Kerinduan Erra Fazira Kepada Engku Alesya Selepas Bercerai


Kasih seorang ibu membawa ke syurga. Itulah yang ditunjukkan mengenai ikatan erat yang terjalin antara Erra Fazira dan anak tunggalnya, Engku Aleesya. Walaupun Erra dan Engku Emram sudah bercerai, dan hak penjagaan diberikan kepada bekas suami namun Erra memberi perhatian dan kasih sayang yang sepenuhnya kepada kepada Aleesya.


Buktinya, baru-baru ini perimadona tersebut telah memuatnaik sekeping foto bersama anaknya dan dipercayai merupakan kali pertama Erra bertemu Aleesya sejak perpisahannya dengan Emran.


Foto yang dimuatnaik menerusi laman Instagram itu jelas menunjukkan wajah kerinduan seorang ibu kepada anaknya dan Erra juga tidak melepaskan peluang tersebut untuk merangkul erat anak tunggalnya.


Peminat yang turut tersentuh dengan foto itu tidak ketinggalan memberikan kata-kata semangat kepada Erra Fazira dengan harapan agar wanita itu lebih tabah mengharungi dugaan hidup. Bertuah Aleesya mempunyai kedua orang ibu bapa yang cukup sayang akan dirinya dan tidak pernah sekali mengabaikan tanggungjawab mereka.



Monday, March 24, 2014

[PANAS]: Anzalna Dilayan Seperti Wanita Jijik Dan Kotor?


Timbul kisah kurang enak apabila pelakon Anzalna diperlakukan tidak sewajarnya oleh seorang aktor di set lokasi penggambaran sebuah drama. Bagaikan wanita tidak bermaruah, Anzalna dilayan seperti wanita jijik dan kotor. Cukup meloyakan untuk dilihat secara fizikal, mungkin itu yang dirasakan aktor itu.


Si aktor itu dikatakan tidak boleh langsung melihat wajah Anzalna. Langsung tak boleh! Walhal mereka berlakon sama. Sehinggakan kalau ada babak drama yang mengkehendakkan si aktor itu tersentuh kulitnya, si aktor itu berat hati. Dia sedaya upaya untuk tidak menyentuh.

Jika tersentuh si aktor itu pasti bergegas menuju ke bilik air sejurus pengarah jerit ‘cut!’ Nampak sangat sesuatu, bukan. Agaknya si aktor cepat-cepat membasuh tangannya sebab bimbang kot kot si Anzalna ini ada ‘penyakit’. Nanti merebak kepadanya, susah pula.

Menurut sumber Miss J, mereka berdua ini memang sedang ‘perang dingin’. Ada satu peristiwa yang membuat hati si aktor terasa dengan Anzalna. Itu yang dia boikot Anzalna.

Dah macam budak-budak sekolah. Buat apa nak bergaduh antara satu sama lain. Berdamai sajalah. Lagipun kedua-duanya cari makan dalam industri yang sama.



Hanez Suraya – Keluarga Merestui Hubungan Saya & Romie


Mungkin sesetengah dari pembaca sudah bosan dengan cerita Hanez Suraya kan? Namun kontroversi Hanez Suraya masih berlarutan walaupun sudah beberapa minggu. Kisah bermula apabila Hanez di katakan cuba merampas suami orang yang di kenali sebagai Romie.


Mungkin ada antara anda dan admin sendiri tertanya-tanya mengapakah Hanez masih meneruskan hubungan dengan Romie walaupun mendapat pelbagai tentangan. Rupa-rupanya hubungan mereka direstui oleh keluarga?

Itulah yang diberitahu oleh Hanez sendiri. Kata Hanez Suraya kepada Utusan Malaysia apabila ditanya mengenai komen keluarganya tentang percintaannya dengan Romie:-

Keluarga tidak ada masalah. Sejak daripada awal lagi mereka sudah tahu dan merestui hubungan saya dan Romie. Memandangkan kami sudah dapat restu daripada keluarga, saya berani meneruskan hubungan ini.

Apa sekalipun, bagi saya restu keluarga terlalu penting. Biarlah seribu orang mendesak saya putuskan hubungan dengan Romie tetapi selagi keluarga menyokong hubungan kami, saya tidak akan dengar pendapat orang lain. Bukan mereka di luar sana yang memberi saya makan dan berada di sisi tatkala saya susah. Tetapi keluarga tetap bersama-sama. Pada saya, selagi keluarga menyokong segala tindakan, saya akan dengar kata mereka.


Ya, kami masih bersama. Kami masih meneruskan hubungan dan bahagia. Cuma sekarang ini saya lebih senang untuk berdiam diri. Biar segala kekecohan tenang.


(Gambar) Penjelasan Sharifah Sakinah Isu Tayang Perut?


Pastinya semua sudah sedia maklum mengenai program fitness yang dianjurkan oleh Sharifah Sakinah. Kalau anda mengikuti akaun Instagram Sakinah, pastinya anda akan melihat beberapa gambar yang menunjukkan perut pelakon ini ketika melakukan senaman.


Walaupun pada awalnya menimbulkan kontroversi semasa penubuhannya, namun program tersebut dilihat mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada para peminatnya dan juga beberapa selebriti seperti Fara Fauzana, Nad Zainal dan Tasha Shila.


Memetik sumber Malaysia Digest, Sakinah memberitahu bahawa kini sudah ramai mula mengikut jejaknya untuk muatnaik foto ‘tayang perut’ di laman Instagram. Sakinah juga menjelaskan beberapa perkara berhubung isu yang mengatakan dia sengaja mendedahkan perutnya. Kata Sakinah:-


“Saya bukannya sengaja hendak tayang perut di laman sosial. Saya tiada niat lain semata-mata ingin menaikkan semangat dan inspirasi kepada peserta lain yang turut mengikuti program tersebut. Kalau dulu saya tayang perut di Instagram. Sekarang ni ramai pula yang ikut, tayang perut mereka di Instagram masing-masing.”


Tak pasal-pasal orang lain pun turut tayang perut. Apa-apapun jom layan beberapa keping lagi gambar Sakinah melakukan senaman!




Chef Wan Dikecam Peminat, Bergurau Isu Penemuan Serpihan Mh370?


Di kala kesemua pihak berdebar-debar menanti keputusan siasatan penemuan serpihan pesawat MH370, Chef Wan menerusi akaun Instagramnya telah berkongsi satu gambar “gurauan” yang tidak kena pada tempatnya mengenai serpihan tersebut.


Gambar di atas dikongsikan dengan caption:-


2 object di Perth dan satu ni i ingatkan ya la sebahagian dari pintu kapal terbang Mas. Tapi setelah diteliti rupanya ianya sebahagian dari pintu jamban rumah Cik Kiah di pantai Morib yang telah usang rupanya. Adoi.. frustnya


Namun gambar tersebut telah pun dipadamkan oleh Chef Wan susulan kecaman yang diterima daripada pengikut akaun Instagramnya. Nak buat lawak pun agak-agak la. Memang tak kena masa betul tindakan Chef Wan itu.


[TERKINI]: Pm Najib Sahkan Pesawat Mh370 Berakhir Di Selatan Lautan India


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah mengadakan satu sidang media pada pukul 9.45 malam ini mengenai perkembangan kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370. Sidang media akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC Kuala Lumpur.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menerusi Sidang Media Khas di PWTC mengesahkan pesawat MH370 telah berakhir di Selantan, Lautan Hindi.


Ini merupakan status Facebook dan Twitter Najib Razak mengenai pesawat MH370:-





(3 Gambar) Juru Terbang Australia Curi Tumpuan Dalam Misi Pencarian MH370?


Dalam kesibukkan mencari pesawat MAS MH370 yang hilang, seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Australia yang terlibat dalam operasi pencarian menjadi sensasi internet apabila pemerhati online memuji penampilannya yang kacak.


Leftenan Penerbangan Russel Adams ditemubual oleh stesen televisyen Australia tentang peranannya dalam pencarian kapal terbang yang hilang itu tetapi komen online lebih banyak memuji kekacakan beliau.

Antara komen yang diberikan:
Bukan niat melencong dari topik kehilangan MH370, tetapi Leftenan Russell Adams seorang yang hot. Di negara lain dia pasti menjadi seorang model. Di Australia dia jadi juruterbang saja

Adams ialah salah seorang anggota tentera yang terlibat selepas Perancis mengemukakan data satelit terbaru semalam yang menunjukkan objek yang berkemungkinan merupakan serpihan jet 



MAS yang hilang, sewaktu mereka yang terlibat meneruskan usaha untuk mencari di kawasan Lautan Hindi yang paling terpencil. Mereka sedang mencari satu pelet kayu yang besar kemungkinan ialah petunjuk penting yang akan merungkaikan kehilangan yang dianggap antara misteri penerbangan yang terbesar di dunia.


(11 Gambar): Sambutan Hari Lahir Lisa Surihani Ke-28


Meskipun usianya yang sudah pun mencecah ke angka 28 tahun semalam, Lisa Surihani masih mampu tampil anggun seperti di awal kemunculannya.  Dianjurkan oleh suami tercinta, baru-baru ini telah diadakan sambutan hari jadi untuk si cantik manis ini. Majlis ini dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat handai yang rapat dengan Lisa Surihani.

Dengan menggunakan konsep vintage di taman sebagai lokasi, Lisa dilihat amat gembira dengan sambutan tersebut, lebih-lebih lagi apabila ianya dilaksanakan oleh suaminya, Yusry.


Antara selebriti yang hadir untuk menyambut hari jadi Lisa Surihani ialah Fazura, Scha, Awal Ashaari dan Liyana Jasmay. Yusry juga turut meluahkan kata-kata romantis sempena hari jadi isterinya yang ke 28 ini di akaun Instagramnya:-


Happy birthday isteriku. Wishing you all the joy, happiness and love you can handle thank u for being so wonderful… I love you with all my heart


Para peminat juga tidak ketinggalan untuk turut sama mengucapkan selamat hari lahir kepada Lisa dan mendoakan agar mereka terus berbahagia hingga ke akhir hayat.










Saturday, March 15, 2014

Pelakon Lagak Ngeri "Marco Polo" Antara Penumpang MH370


Pelakon lagak ngeri untuk beberapa buah filem lakonan Jet Li, Ju Kun adalah salah seorang daripada 227 penumpang yang terlibat dalam insiden kehilangan pesawat Malaysian Airlines MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Sabtu lalu.

Menurut laporan Deadline, berita ini telah disahkan oleh Netflix dan The Weinstein Company yang berkata, "Kami sangat sedih dengan berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. Ju Kun yang merupakan salah seorang daripada penumpang merupakan sebahagian daripada produksi kami dan seorang yang berbakat. Ingatan dan doa kami adalah bersama keluarganya dalam tempoh yang sukar ini," ujar Netflix dan The Weinstein Company.



Ju Kun, seorang pakar seni pertahanan diri veteran dan merupakan pembantu koreografer pernah menjadi pelakon lagak ngeri untuk watak Jet Li untuk filem seperti "Fearless", "The Expendables" dan "The Forbidden Kingdom".

Pelakon berusia 35 tahun ini telah berada di Malaysia untuk siri "Marco Polo" yang dihasilkan oleh John Fusco dan terbitan dua syarikat berkenaan. "Marco Polo" dijangka memulakan produksi dalam tempoh tiga minggu lagi.

Ju Kun dikatakan baru sahaja menghabiskan tugasannya di Pinewood Studios, Johor Bahru dan telah mengambil penerbangan ke Beijing untuk pulang ke rumah.

"Kami semua di Malaysia sangat sedih dengan penantian ini. Ju Kun adalah seorang yang penting dan disayangi oleh keluarga Marco Polo dan bagi pihak Harvey Weinstein dan Netflix, kami sangat terkejut dengan berita ini.

"Buat masa sekarang kami akan bersama isterinya, Li Ping yang berada di Kuala Lumpur bagi memberi sokongan. Doa kami juga diberikan kepada semua penumpang lain dan keluarga mereka," ujar Fusco.
Pesawat Malaysia Airlines MH370 telah hilang daripada radar sekitar jam 1.30 pagi Sabtu lalu. Usaha mencari 227 penumpang dan 12 anak kapal masih lagi diteruskan dengan bantuan beberapa buah negara lain.


Biarkan Orang Gaji Mati Kebuluran, Suami Isteri Digantung Sampai Mati!


SHAH ALAM : Sepasang suami isteri dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini Khamis selepas didapati bersalah membunuh pembantu rumah warga Indonesia mereka, Isti Komariah.

Hakim, Datuk Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal membangkitkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.


Fong Kong Meng, 58, bekas perunding pendawaian dan isterinya Teoh Ching Yen,56, suri rumah, didakwa bersama-sama membunuh Isti Komariah, 26, di rumah No 90,Jalan SS 2/6, Sea Park, Petaling Jaya dekat sini, di antara 14 Mei 2010 hingga 5 Jun 2011.


Pasangan suami isteri yang mempunyai anak kembar berumur 17 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Dalam penghakimannya, Noor Azian berkata, di akhir kes pendakwaan sebelum ini, pendakwaan berhujah bahawa punca kematian mangsa adalah disebabkan tindakan kedua-dua tertuduh yang tidak membekalkan makanan mencukupi serta tidak memberi rawatan perubatan kepada mangsa.

Beliau berkata, mangsa semasa mula bekerja mempunyai berat badan 46 kilogram tetapi ketika meninggal dunia hanya mempunyai berat badan 26 kilogram.

“Pembelaan gagal menyangkal hujahan pihak pendakwaan berhubung sebab kematian serta fizikal mangsa dan mahkamah dapati pembelaan kedua-dua tertuduh hanya penafian semata-mata.

“Sehubungan itu, kedua-dua tertuduh didapati bersalah dan dijatuhi hukumangantung sampai mati,” katanya.
Fong dan Teoh yang berdiri di kandang tertuduh kelihatan tenang sejurus mahkamah menjatuhkan hukuman.
Sepanjang perbicaraan yang bermula 30 Julai 2012, pendakwaan memanggil 16 saksi sementara pembelaan mengemukakan enam saksi.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nordin Ismail, Suzana Abdul Latif dan Muhammad Asyraf Md. Kamal mewakili pendakwaan sementara kedua-dua tertuduh diwakili peguam Zaleha Al-Hayat dan Thong Seng Kong.


Akhbar sebelum ini melaporkan pembantu rumah yang berasal dari Jawa Timur itu dibawa oleh majikannya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, pada 6 Jun 2011 tetapi disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital itu.


Friday, March 14, 2014

[GEMPAR]: Jep Sepah Akui Belum Bertunang


Pelawak popular, Jep Sepahtu menyangkal gosip yang mendakwa kononnya dia sudah mengikat tali pertunangan.

Perkara itu langsung tidak berlaku dan berita itu adalah bohong. Terkejut juga apabila mendapat tahu berita pertunangan saya sedangkan saya sendiri tidak tahu tentang hal itu. Pelik rasanya apabila ada pihak yang lebih tahu mengenai saya berbanding saya sendiri




Sebelum ini sebuah akhbar mingguan telah melaporkan Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin telah bertunang pada Januari lalu dengan seorang wanita sekampung dengannya.

Dalam pada itu, Jep berkata, dia kini enggan menjawab mana-mana panggilan daripada media yang ingin mendapatkan kenyataannya berhubung gosip mengatakan dia sudah bertunang buat sementara waktu.

Saya tidak faham kenapa penulis berkenaan tidak menghubungi saya sebelum keluarkan berita tersebut. Kenapa selepas keluar berita tidak sahih barulah semua nak hubungi saya? Bukannya saya tidak mahu beri kerjasama tetapi saya rasa ianya cukup adil antara kedua-dua belah pihak apabila mereka keluarkan berita tanpa mendapatkan penjelasan saya dan saya pula tidak memberi kerjasama untuk memberi penjelasan

Sementara itu, Jep tidak meluahkan rasa kesal atau kecewa dengan penyebaran gosip tersebut dan berfikiran positif dan menyifatkan gosip tersebut sebagai doa untuknya bertemu pasangan hidup.


[GEMPAR]: Nota Terakhir Bunuh Diri, “Cari Mayat Saya Dekat Kedai Makanan Segera”

Kota Kinabalu : “Kalau anak dan ahli keluarga mahu menemui saya…cari saya di bawah pokok di atas bukit kecil di tepi Jalan Sulaman berhampiran restoran makanan segera.”

Itulah nota pesanan dihantar seorang lelaki melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada anak dan adik beradiknya sebelum membunuh diri, malam kelmarin.


Mayat mangsa Zulkifli Tinggal, 44, dari Kampung Contoh Suang Parai Menggatal, dekat sini, ditemui mati tergantung di sebatang pokok oleh seorang saudaranya Reedy Ruzel, 23, jam 9 malam, sebelum menghubungi polis.



Difahamkan, tangan kiri mangsa turut ada kesan kelar dipercayai sebelum membunuh diri Zulkifli terlebih dulu mengelar tangannya menggunakan benda tajam sebelum menggantungkan diri. Menurut Reedy, sebelum kejadian, mangsa (Zulkifli) ada menemuinya dan memaklumkan hendak keluar jam 6 petang.

“Ketika hendak keluar, Zulkifli meminta maaf jika ada melakukan kesalahan dan jika hendak menemuinya…Zulkifli memberitahu supaya mencarinya di atas bukit kecil di tepi Jalan Sulaman berhampiran restoran makanan segera.

“Pada jam 7.30 malam, Zulkifli menghantar SMS kepada saya dan ahli keluarga lain mengatakan “Kalau anak dan ahli keluarga mahu menemui saya…cari saya di bawah pokok di atas bukit kecil di tepi Jalan Sulaman berhampiran restoran makanan segera.


“Kami ingatkan Zulkifli bergurau dan tidak mengambil berat dengan SMS dihantarnya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, malam kelmarin.


Thursday, March 13, 2014

Penjelasan Harga Hidangan Ikan Patin Bernilai RM1,415



Kuantan: “Harga hidangan makan tengah hari sebanyak RM1,500 untuk lapan orang itu sudah dipersetujui pelanggan dan ia perkara biasa, bukan menghairankan kerana ikan kelah dan patin itu sukar diperoleh.

“Tidak timbul isu pelanggan tidak berpuas hati dengan harga berkenaan kerana ia sudah dipersetujui sebelum disediakan,” kata pemilik kedai makan, Haris Bakri Ismail, 46, yang kedainya di Temerloh menjadi perbualan hangat di laman sosial berikutan harga makanan tengah hari itu dikatakan terlalu mahal.

Malah, ada antara pemilik akaun Facebook mengecop Temerloh yang dikenali sebagai bandar ikan patin sebagai lokasi harga makanan paling mahal di negara ini berikutan harga dikenakan pengusaha kedai makan di daerah itu dianggap melampau.

Haris yang menjelaskan isu itu berkata, pelanggan terbabit mahukan ikan kelah dan patin buah, sambal hitam serta udang galah untuk hidangan dan harganya sudah dipersetujui.




Beliau yang sudah lebih 13 tahun berniaga berkata, dia tidak pernah menerima rungutan daripada pelanggannya sebelum ini walaupun pernah menyediakan hidangan dengan harga RM5,000.
“Saya menyediakan hidangan mengikut tempahan pelanggan. Sebagai contoh jika mereka mahu ikan kelah, saya perlu menempuh perjalanan hampir lima jam untuk mengambilnya daripada pembekal di Ulu Tembeling, Jerantut.

 

MH370 – Bomoh Guna ‘Permaidani Ajaib’ Cari Pesawat Hilang?


Bomoh Ibrahim Mat Zin mengadakan sesi kedua upacara ritual dalam usaha untuk membantu mengesan kapal terbang Malaysia Airlines MH370 yang hilang.


Ibrahim, yang menggelarkan dirinya Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP  dengan gelaran Datuk Mahaguru menjalankan acara ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Dia diiringi oleh beberapa pembantu dan menggunakan air Zam- Zam, dua biji kelapa, tongkat dan karpet ajaib. Sesi yang telah diadakan di Anjung Tinjau KLIA menarik perhatian ramai orang.

“Tujuan ritual adalah untuk melemahkan semangat buruk supaya penyelamat boleh mencari pesawat jika memang ia telah terhempas,” katanya kepada pemberita.

Ibrahim berkata, ritual-ritual simbolik telah digunakan untuk banyak generasi. Dia menjelaskan bahawa apa yang dilakukan adalah kehendaknya sendiri walaupun terdapat laporan bahawa pemimpin-pemimpin negara telah mengundangnya.

Pada Isnin, Ibrahim menggunakan teropong diperbuat daripada buluh dan mata kail semasa sesi pertama ritual di KLIA untuk membantu mengesan pesawat yang hilang.

Bernama melaporkan bahawa Ibrahim, yang mempunyai 50 tahun pengalaman sebagai bomoh menjadi popular selepas menawarkan perkhidmatan untuk mencari mangsa-mangsa dalam beberapa kes besar seperti tragedi Highland Towers dan kes Mona Fendy. Video 25 saat sesi kedua ritual Ibrahim telah tersebar. 


Ibrahim, yang menggelarkan dirinya Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP  dengan gelaran Datuk Mahaguru menjalankan acara ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Dia diiringi oleh beberapa pembantu dan menggunakan air Zam- Zam, dua biji kelapa, tongkat dan karpet ajaib. Sesi yang telah diadakan di Anjung Tinjau KLIA menarik perhatian ramai orang.
“Tujuan ritual adalah untuk melemahkan semangat buruk supaya penyelamat boleh mencari pesawat jika memang ia telah terhempas,” katanya kepada pemberita.
Ibrahim berkata, ritual-ritual simbolik telah digunakan untuk banyak generasi. Dia menjelaskan bahawa apa yang dilakukan adalah kehendaknya sendiri walaupun terdapat laporan bahawa pemimpin-pemimpin negara telah mengundangnya.
Pada Isnin, Ibrahim menggunakan teropong diperbuat daripada buluh dan mata kail semasa sesi pertama ritual di KLIA untuk membantu mengesan pesawat yang hilang.
Bernama melaporkan bahawa Ibrahim, yang mempunyai 50 tahun pengalaman sebagai bomoh menjadi popular selepas menawarkan perkhidmatan untuk mencari mangsa-mangsa dalam beberapa kes besar seperti tragedi Highland Towers dan kes Mona Fendy. Video 25 saat sesi kedua ritual Ibrahim telah tersebar. -mStar-
- See more at: http://sensasimalaysia.com/mh370-bomoh-guna-permaidani-ajaib-cari-pesawat-hilang/#sthash.Kfwtp0Ih.dpuf


Wawa Zainal - MIG Lepas Cara Baik, Suami Urus Kerjaya




Kontroversi yang mengaitkan Wawa Zainal dan Metrowealth International Group (MIG) nampaknya sudah selesai apabila aktres jelita itu khabarnya sudah keluar daripada syarikat pengurusan tersebut secara rasmi sekitar Disember tahun lalu.

Jelas Wawa, walaupun tidak berbincang empat mata dengan Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo mengenai hal itu namun mereka ada berhubung melalui surat, dan pihak MIG telah sedia maklum tentang pengundurannya.

            

Saya ada menghantar surat mengatakan saya ingin keluar daripada MIG dan mereka juga melepaskan saya dengan cara baik. Secara hitam putih, saya sudah tidak bersama MIG sejak beberapa bulan lepas dan aktiviti seni saya bakal diuruskan oleh suami. Saya anggap perkara ini sudah selesai

Saya ingin memberi fokus pada anak dulu. Alhamdulillah, kehidupan saya sekarang lebih tenang disamping anak dan suami yang penyayang. Saya sangat bahagia

Wawa Zainal hanya mahu berehat seketika dari dunia lakonan sehingga anaknya, Ahmad Fakharuddin Attar mencecah usia tujuh bulan.


Sari Yanti Failkan Penceraian?


RAMAI yang tertanya-tanya tentang status perkahwinan pelakon Sari Yanti. Ada yang beritahu Sari Yanti sudah bercerai dengan suaminya dan ada yang kata belum lagi.



Perkara ini menjadi bualan ramai peminat sejak beberapa minggu lalu namun masih tidak dapat dipastikan kesahihahnya dan SM sendiri sehingga hari ini tidak tahu sama ada perkara ini benar atau tidak.

Sinar Harian telah memetik ‘khabar angin’ yang mula disampaikan di forum tersebut yang mengatakan pelakon Sari Yanti telah memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah Seremban pada hujung bulan lalu — menurut sumber.

Sari Yanti dan suaminya, Eddy membina mahligai perkahwinan sejak 17 Januari 2009. Hasil perkahwinannya itu, Sari Yanti dikurniakan dua anak lelaki yang comel iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2.

Setakat ini masih belum mendapat sebarang kenyataan daripada Sari Yanti kerana beliau kini sedang berada Capetown, Afrika Selatan atas urusan kerja.


Hanez Suraya ‘Ditegur’ Imam Muda Hassan?


Nampaknya kontroversi yang menimpa Hanez Suraya mendapat perhatian luas rakyat Malaysia. Sebelum ini Chef Wan pernah menyelar Hanez sebagai ‘betina gatal’. Terkini juara program Imam Muda 2, Imam Muda Hassan, turut dilihat mengeluarkan status di Facebooknya yang seolah-olah menegur perbuatan Hanez dan Romie yang pergi bercuti di Bangkok. Walaupun tidak menyebut secara nyata nama pelakon tersebut, memang siapa yang makan cili akan terasa pedasnya dengan kata-kata Imam Muda Hassan.



Memetik status Facebook Imam Muda Hassan:-

Bercuti Dengan Bukan Mahram?
Lagi-lagi kisah percutian ‘pasangan’ yang belum mempunyai ikatan yang sah.
Bercuti dengan bukan Mahram tetapi ditemani oleh orang lain bukanlah satu ‘excuse’ untuk menghalalkan apa yang haram. Matlamat tidak menghalalkan cara.
Walaupun ditemani orang lain, tetapi adegan pegang tangan bersama tidak akan memungkinkan ia menjadi Halal.
Tak kisahlah kalau percutian anjuran syarikat sekalipun, jika batas-batas tidak dijaga, lelaki dan perempuan bebas bergaul tanpa batasan, ia tetap haram.
Dah tak tahan sangat, kahwin sahaja…lepas tu nak bawak naik Gunung Everest sekalipun, tiada siapa yang halang.
Jangan cuba menghalalkan yang haram!


Cuba bernas kata-kata Imam Muda Hassan itu yang boleh dijadikan panduan untuk kita semua. Selain itu, Imam Muda Asyraf juga sebelum ini sempat membuat memberi komentar kelakar mengenai isu ini di Twitternya yang bertulis “Press Conference ptg ni bersama Hanez Suraya dll.. Isteri sy pesan.. “Abg jaga mata”.. Hehe“.


Wednesday, March 12, 2014

[PANAS]: Oh! Media Bakal Disaman Kerana Kereta Hello Kitty?


Oh! Media boleh dikatakan antara media sosial yang amat berpengaruh di Malaysia apabila Facebook mereka sahaja sudah mencecah lebih 1.7 juta likes. Justeru apa yang dipos di akaun Facebook tersebut dianggap mempunyai pengaruh yang tinggi dan bakal tersebar dalam masa singkat.

Apabila hujung bulan lalu Oh! Media memuatnaik satu gambar kereta yang dihias sepenuhnya dengan aksesori Hello Kitty, rupa-rupanya ia mendatangkan kemarahan kepada pihak tertentu.

Kereta terbabit sebenarnya menyertai satu pertunjukan kereta bertemakan Hello Kitty namun kapsyen yang disertakan bersama gambar di laman Oh! Media dianggap telah mempersendakan pemilik kereta dan penganjur pertunjukan terbabit.


Susulan itu, Timbalan Presiden Malaysian Autoshow, Noor Azharuddin Mohd Haron, 36, telah membuat satu laporan polis untuk memohon tindakan sewajarnya ke atas pihak Oh! Media.



Mungkin hal ini sebenarnya masih boleh dibawa berbincang namun pengajaran daripadanya adalah; berhati-hati apabila berkongsi sesuatu di alam siber kerana kita mungkin mengguris hati pihak tertentu tanpa disengajakan.


Aishwarya Rai Tunggu Anak Di Sekolah


BEKAS Ratu Cantik Dunia 1994, Aishwarya Rai memanglah seorang ibu yang sangat penyayang. Buktinya, isteri kepada aktor Abhishek Bachchan itu sentiasa menemani puteri tunggalnya, Aaradhya Bachchan di sekolahnya.

Satu sumber yang rapat dengan keluarga Bachchan memberitahu, Aishwarya tetap berkeras hendak dekat dengan anaknya itu walaupun di sekolah.


Aaradhya adalah seorang kanak-kanak yang suka berkawan. Dia senang dengan persekitaran di sekolah. Dia juga jenis yang sangat cepat berkawan dengan kanak-kanak lain

Meskipun menunggu di kawasan sekolah, Aishwarya tidak pula berkumpul dengan ibu-ibu yang lain. Sebaliknya, heroin Hum Dil De Chuke Sanam itu berdiri di salah satu sudut dan kemudiannya pergi dalam diam-diam tanpa disedari sesiapa.


Raja Bomoh Guna Bubu, Teropong Kesan MH370?


Ramai pihak yang prihatin dengan tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 baru-baru ini. Di sebalik kesediaan tersebut, banyak pihak yang mahu membantu membongkar misteri kehilangan MH370, salah satunya adalah “Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP” Ibrahim Mat Zin.


Menggunakan ‘bubu mata pancing’ dan ‘teropong kuning mati beragan’, aksi Ibrahim mendapat perhatian ramai apabila dia melakukan demonstrasi menggunakan dua objek tersebut untuk mencari kedudukan pesawat di KLIA.


Dakwa Ibrahim, dua alatan tersebut sudah digunakan untuk membongkar lima misteri negara sebelum ini termasuk mencari mayat tragedi Highland Towers, melemahkan ilmu hitam Mona Fandey ketika perbicaraan kes pembunuhan seorang ahli politik dan mengesan mangsa banjir di Kuala Dipang, Kampar Perak.