Mungkin tidak ramai
peminat mengetahui kisah hidup sebenar pelakon tersohor negara, Datuk
Jalaluddin Hassan, 60. Hari ini akhbar Utusan telah
berkongsi satu artikel yang menceritakan pengalaman beliau berdikari sehingga
bergelar pelakon.
Apa yang menarik
perhatian ialah pengalaman Jalaluddin bekerja dengan syarikat East Asiatic di
Jalan Ampang. Ketika itu, beliau berusia dalam lingkungan 20-an.
Sebelum mula bekerja
dengan syarikat terbabit, Jalal terpaksa menjalani latihan selama tiga bulan.
Beliau kemudiannya diserap sebagai pekerja tetap dan memegang jawatan kerani
sehingga dicemburui oleh kebanyakan pekerja lain. Tidak lama selepas itu,
Jalal dinaikkan pangkat sebagai penyelia. Di sinilah kisah bagaimana beliau
berdepan detik-detik cemas nyaris dicabul.
“Masa itu, saya sudah
pun berkahwin. Nak dijadikan cerita, saya telah dipanggil masuk ke pejabat
pemilik syarikat berkenaan yang merupakan seorang lelaki Inggeris yang sudah
lanjut usia sedangkan saya ketika itu berusia dalam 20-an.
“Berbual dengannya di
dalam pejabat, bos saya itu hairan kenapa saya cuma kerja biasa-biasa sedangkan
dia melihat saya mahir berbahasa Inggeris. Saya katakan sebenarnya saya mahu
menimba pengalaman hidup di samping menanam hasrat untuk menjadi pelakon.
“Namun selepas saya
katakan begitu, dipendekkan cerita, tiba-tiba dia cuba membuka seluarnya dan
mahu melakukan perbuatan tak senonoh. Saya tak cakap banyak, angkat kaki dan
lari macam tak cukup tanah! Terkejut.
“Pertama kali saya
berdepan dengan manusia sepertinya. Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika
itu. Marah, sakit hati, semuanya ada.”
No comments:
Post a Comment