Pastinya
semua sudah sedia maklum mengenai program fitness yang dianjurkan oleh Sharifah
Sakinah. Kalau anda mengikuti akaun Instagram Sakinah, pastinya anda
akan melihat beberapa gambar yang menunjukkan perut pelakon ini ketika
melakukan senaman.
Walaupun
pada awalnya menimbulkan kontroversi semasa penubuhannya, namun program
tersebut dilihat mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada para
peminatnya dan juga beberapa selebriti seperti Fara Fauzana, Nad Zainal dan
Tasha Shila.
Memetik
sumber Malaysia Digest, Sakinah memberitahu bahawa kini sudah ramai mula
mengikut jejaknya untuk muatnaik foto ‘tayang perut’ di laman Instagram.
Sakinah juga menjelaskan beberapa perkara berhubung isu yang mengatakan
dia sengaja mendedahkan perutnya. Kata Sakinah:-
“Saya
bukannya sengaja hendak tayang perut di laman sosial. Saya tiada niat lain
semata-mata ingin menaikkan semangat dan inspirasi kepada peserta lain yang
turut mengikuti program tersebut. Kalau dulu saya tayang perut di
Instagram. Sekarang ni ramai pula yang ikut, tayang perut mereka di Instagram
masing-masing.”
Tak
pasal-pasal orang lain pun turut tayang perut. Apa-apapun jom layan beberapa
keping lagi gambar Sakinah melakukan senaman!
No comments:
Post a Comment