Pages

Monday, November 18, 2013

[Panas]: Tunjuk Body Untuk Cari Pelanggan - Ammar Alfian


Wow..! Memang mantap sungguh body Ammar Alfian ini, macam ahli bina badan negara. Dalam diam-diam rupanya Ammar telah menjalani latihan di gym dan beliau juga telah menjadi jurulatih. Namun ada sesetengah orang yang telah menyalahanggap gambar yang di muatnaik oleh Ammar dengan mengatakan beliau mencari publisiti murahan. Menurut Ammar:

 Saya bukannya tunjuk foto lucah pun tetapi foto-foto itu adalah aktiviti saya ketika menjalani latihan di gym dan kemudiannya, kejayaan hasil usaha saya itu, saya wajar kongsi dengan sesiapa sahaja. Diharap orang ramai tidak salam faham dengan foto-foto tersebut

Betul juga apa yang dikatakan oleh Ammar. Kalau dah tujuannya untuk promosi mencari ahli gym baru, mestilah tunjuk hasil badannya, takkan nak tunjuk gambar muka sahaja. Admin pun ada mempunyai seorang rakan yang membuat promosi seperti yang Ammar lakukan untuk mendapat pelanggan.



Ammar kini mahu menumpukan seluruh perhatiannya kepada pelajaran dan tidak mahu terlibat dengan dunia lakonan lagi. Kata beliau lagi:

Bekerja dalam dunia hiburan pun bukannya memberi perkara positif pada diri saya apabila saya menjadi mangsa hentaman . Lebih baik saya melakukan kerja lain yang boleh menjana masa depan selain tidak tertekan dengan kritikan masyarakat. Sama ada masih lagi ada peminat atau tidak, saya tidak kisah


Bunyinya seperti Ammar sudah tidak ada hati dalam dunia lakonan. Tidak apa la, mungkin rezeki Ammar dalam bidang lain. Siapa tahu?


No comments:

Post a Comment